PKR Sahkan Pecat Ketua Wanita Parti dan 4 Pemimpin Lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan pemecatan lima pemimpin parti itu yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mereka ialah Ketua Wanita PKR, Haniza Talha; Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang, Nur Zarina Zakaria; dua ADUN Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh); dan Ketua Wanita Keadilan Sabah, Rahimah Majid.

Perkara itu disahkan Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Ahmad Kassim melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan pada Ahad.

Sementara itu, tiga lagi pemimpin parti itu diberi amaran iaitu Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; Pengarah Komunikasi Wanita Pulau Pinang, Carolyn Khor; dan ADUN Machap Jaya, Ginie Lim.

Manakala seorang anggota parti Ahmad Raj Abdullah digantung keahlian sehingga selesai siasatan kerana terlibat dalam serangan fizikal terhadap Tian Chua.

Kedua Haniza dan Afif digantung daripada keahlian PKR sejak bulan Mei atas cadangan daripada Lembaga Disiplin Parti.

Parti itu memulakan siasatan tatatertib terhadap mereka yang diketahui berpihak kepada Mohamed Azmin setelah pemimpin itu merencana ‘Langkah Shereton’ yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), pada Februari lepas.

Azmin dan beberapa pemimpin PH keluar parti untuk bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan PAS untuk membentuk Perikatan Nasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat