Anwar Dakwa Azmin Menteri Yang Sombong, Angkuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Jangan terus ugut, sebaliknya ajak kerajaan negeri berkenaan dahulu berunding, tanya mereka apa masalah dan kenapa tidak mahu patuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).”

Demikian tegas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan balas Menteri Kanan (Kluster Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meminta syarikat industri menyaman kerajaan negeri enggan mematuhi PKPB.

“Ini apa menteri ni? Mewakili korporat ke? Kerajaan negeri tak ikut PKPB sebab mereka tertakluk kepada kuasa Majlis Perbandaran dan sebagainya. Kenapa tak ajak runding? Jangan terus ugut suruh syarikat saman lapan kerajaan negeri ini.

“Ini lambang angkuh, sombong dan hanya anggap pandangan dia sahaja terbaik,” katanya dalam Sesi Facebook Live Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebooknya hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin dilaporkan berkata, kerajaan negeri yang enggan patuh PKPB mungkin terdedah kepada tindakan undang-undang dari pelbagai pihak khususnya pihak industri sekiranya menghalang mana-mana syarikat dari memulakan operasi mulai 4 Mei.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dilaporkan berkata, kerajaan memandang serius terhadap pendirian beberapa kerajaan negeri yang ingkar untuk melaksanakan keputusan membuka semula ekonomi.

Setakat ini, lapan negeri yang tidak mematuhi PKPB ialah Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang.

Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, menteri itu tidak boleh bersikap angkuh, sombong, kerana beliau mempunyai banyak peluang dan pilihan untuk mendapatkan pandangan kerajaan negeri berkenaan.

“Sepatutnya panggillah kerajaan negeri ini. Mungkin mereka melihat bukan sahaja dari masalah penularan wabak Covid-19, tetapi aspek nyawa manusia.

“Malaysia patut contohi Thailand dan Singapura yang lebih teratur dalam menggunakan pendekatan di negara mereka ketika Covid-19 ini.

“Ini tidak, terus ugut. Macam Trump (Presiden Amerika Syarikat Donald Trump). Mungkin belajar dari Trump ni.. (kalau Trump) siapa tidak ikutnya, akan dipecat,” selorohnya.

Beliau berkata, walaupun kerajaan mempunyai alasan kukuh kelonggaran PKP itu kerana hendak menjana ekonomi tetapi pada masa sama kerajaan tidak boleh mencagarkan nyawa rakyatnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat