Khairuddin Isytihar Keluar Pakatan, Kerana Anwar ‘Sewel’ Dipilih Calon PM

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Lulus

CYBERJAYA: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berjumlah RM2.1 bilion. Pada sesi...

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar...

Dr Mahathir tawar diri jadi saksi kes saman Langkah Sheraton

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan dirinya menjadi sebagai saksi di mahkamah berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil...

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Lulus

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Luar Bandar (KPLB) diluluskan oleh Dewan Rakyat, sebentar tadi. Kelulusan bagi KPLB diluluskan melalui undian suara setelah...

PM jumpa Zahid dan Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam atmosfera ledakan krisis politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun, kelihatan tiga tokoh pemimpin utama parti politik ini berbincang dalam suasana...

KUALA LUMPUR – Bekas pengasas PPBM dan Pakatan Harapan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan keluar daripada gabungan tersebut serta-merta.

Keputusan itu susulan daripada keputusan Pakatan Harapan yang membuat pusingan U, menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana Menteri sekiranya pakatan tersebut berjaya merampas Putrajaya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairuddin berkata, beliau sama sekali tidak akan bernaung dan berjuang bersama Anwar, yang disifatkannya sebagai ‘sewel’ dan berpenyakit.

“Keseluruhan bangsa melayu dan umat islam di negara kita harus tolak anwar ibrahim daripada menjadi khalifah utama kita!!

“Jangan sama sekali kita biarkan diri ditipu serta tertipu lagi oleh anwar ibrahim!! Dia manusia fasiq dan hipokrit,” katanya.

Dalam pada itu, Khairuddin yang juga merupakan ahli Amanah, selepas keluar daripada parti yang diasaskannya secara bersama dengan Tun Dr. Mahathir, turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Amanah.

“Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tiada terhingga kepada presiden serta keseluruhan kepimpinan tertinggi parti yang telah meluluskan keahlian saya menganggotai parti ini pada suatu masa dahulu.

“Secara jujur dan ikhlas saya amat menyayangi semua kepimpinan tertinggi parti Amanah khususnya presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota tertinggi parti ini.

“Hanya Allah swt saja yang dapat membalas budi baik seluruh pemimpin-pemimpin parti Amanah yang banyak membantu, mengacukan kareer politik serta membimbing saya di saat bertanding dan menjawat jawatan penyelaras parlimen Jasin.

“Namun, saya terpaksa berpegang pada prinsip politik dan agama yang sama sekali tidak akan bernaung di bawah kepimpinan PH yang kini dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim,” tambahnya lagi.

Dalam masa sama, Khairuddin turut memberi amaran kepada semua pihak agar berhati-hati dengan politik Anwar Ibrahim.

Hal ini menurutnya berikutan kegagalan Anwar Ibrahim yang gagal mempertahankan partinya sendiri daripada berpecah, namun masih bercita-cita untuk memimpin Pakatan Harapan secara keseluruhan sehingga mencapai cita-citanya sebagai perdana menteri kelak.

“Parti sendiri pun anwar ibrahim tidak mampu untuk memimpin apatah lagi nak pimpin gagasan PH yang lebih besar.

“PH akan hancur di bawah kepimpinan anwar ibrahim!! Jangan mimpi PH akan mampu untuk memenangi pilihanraya umum lagi bagi membentuk kerajaan pusat sepertimana pada pru14 yang lepas.

“Ianya hanya akan menjadi bahan sejarah semata-mata dan PH akan terkubur buat selama-lamanya dalam sedikit masa lagi,” tambahnya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Lulus

CYBERJAYA: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berjumlah RM2.1 bilion. Pada sesi...

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar...

Dr Mahathir tawar diri jadi saksi kes saman Langkah Sheraton

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan dirinya menjadi sebagai saksi di mahkamah berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil...