Campak Bayi Dari Tingkat 13 Pangsapuri

- Advertisement -

PULAU PINANG: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan kerana dipercayai mencampakkan bayi yang baru dilahirkannya dari tingkap tingkat 13 Pangsapuri di Sri Ivory, Air Itam pagi semalam.

Pasukan Polis telah menahan remaja perempuan itu dirumahnya di Pangsapuri berkenaan sekitar jam 11.30 pagi.

Menurut siasatan awal terhadap remaja terbabit, dia telah mengaku hubungan seks dengan pasangan lelakinya sehingga hamil, namun keluarga remaja perempuan terbabit tidak mengetahui perbuatan pasangan tersebut.

kejadian itu berlaku apabila remaja perempuan terjaga dari tidur kerana kesakitan perut dan ketandas untuk membuang air besar. Dia tidak menyangka akan melahirkan bayi itu terkejut kerana bayi itu terjatuh dalam mangkuk tandas. Panik dengan kejadian itu, remaja perempuan itu telah membungkus bayi tersebut menggunakan baju yang dipakainya lalu mencampakkannya melalui tingkap bilik belakang apartment 13 tingkat.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Tuan Soffian Santong, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

kedua-dua pasangan tersebut dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman. Untuk rekod teman lelaki remaja perempuan tersebut mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Foto: Harian Metro, Google

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat