Buat masa ini bantuan Budi Madani kekal RM200 sebulan- Hui Ying

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan bersedia menimbang kenaikan bantuan Budi Madani pada masa depan, yang kini diberikan pada kadar RM200 sebulan.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata ketika ini bantuan menampung penyasaran subsidi berkenaan kekal.

“Buat masa sekarang jumlah ini adalah kekal sebanyak RM200. Kementerian Kewangan telah mengadakan kajian dan libat urus dengan banyak pihak dan merasakan jumlah ini adalah mencukupi,” katanya menurut Berita Harian di Putrajaya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan mengenakan had dan kuota dalam pengisian diesel membabitkan penggunaan ‘fleet card’ untuk Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Hui Ying berkata, had ditetapkan berdasarkan kapasiti liter dan bukannya jumlah.

“Terdapat had (pengisian) dari segi liter dan bukannya jumlah, tetapi saya fikir kita perlu tunggu pengumuman daripada menteri kewangan II.

“(Ketika ini) kita masih belum menetapkan berapa hadnya (pengisian),” katanya.

Kelmarin, kerajaan umum harga diesel diselaraskan mengikut pasaran semasa bermula semalam, dengan harga permulaan diesel di Semenanjung ditetapkan RM3.35 seliter.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat