Kerajaan didakwa ‘lembu kenyang’ gara-gara tak dengar rintihan rakyat – Radzi Jidin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Istilah kerajaan ‘lembu kenyang’ disebut Datuk Radzi Jidin (PN-Putrajaya) menggamatkan hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini ketika beliau berbahas pada sesi penerangan isu penyasaran subsidi diesel.

Radzi menggunakan istilah itu menggambarkan seolah-olah mendakwa kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat dengan kenaikan harga barang sejak langkah itu dilaksanakan 10 Jun lalu.

Wakil rakyat penggal pertama itu bagaimanapun tidak memberi sebarang contoh dan bukti menyokong dakwaannya berkait kenaikan harga barang.

“Ini berikan impak besar, saya sentiasa sebut kerajaan tidak dengar apa rakyat sebut di bawah, ini kerajaan lembu kenyang mereka tak selami apa dilalui rakyat. Ini kerajaan lembu kenyang, tak nak dengar rintihan rakyat.

“Saya mendengar ucapan, berapa kali menteri kewangan sebut kebajikan rakyat, di luar sana impaknya besar. Ini bukan perkara main main, bagaimana pula dengan padu dan budi,” kata Radzi memetik laporan FMT.

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) kemudianya bangun mencelah dan meminta Radzi menarik balik kenyataan tersebut.

“Tarik balik, ini sangkaan jahat,” kata Sim, namun tidak diendahkan Radzi dan meneruskan ucapannya.

Radzi diberi peluang berucap selama lima minit mewakili blok pembangkang ketika sesi penjelasan penyasaran subsidi diesel oleh Menteri Kewangan II Amir Hamzah ketika persidangan Dewan Rakyat sesi sebelah pagi.

Sejurus tamat sesi perbahasannya, Radzi menjelaskan istilah lembu kenyang itu selepas diminta oleh Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

“Orang Kelantan kata lembu bila kenyang dia buat tak tahu, orang kacau dia buat tak dengar. Rakyat bercakap berkenaan kos mereka hadapi tetapi kerajaan tak bertindak,” katanya.

Sebelum itu, ketika sesi penerangan Amir turut mengulangi penjelasan kewajaran penyasaran subsidi dilakukan kerajaan.

“Perbelanjaan subsidi diesel negara meningkat 10 kali ganda, daripada RM1.4 bilion pada 2019 kepada RM14.3 bilion pada 2023.

“Trend kenaikan tak mampu ditampung kerajaan berterusan. Peningkatan belanja subsidi bukan sahaja harga pasaran tapi ketirisan diesel subsidi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat