Lambat laksana penyasaran subsidi jadi punca Malaysia jatuh dalam Indeks Daya Saing Dunia – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kelewatan pelaksanaan penyasaran subsidi antara punca kejatuhan Malaysia dalam Indeks Daya Saing Dunia 2024, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, laporan Indeks Daya Saing Dunia 2024 secara umumnya masih mengekalkan Malaysia sebagai ekonomi yang stabil.

Bagaimanapun, katanya, laporan itu mengambil kira beberapa faktor yang menyumbang kepada kejatuhan Malaysia, antaranya prestasi ringgit dan pengurusan ekonomi.

“Malaysia dikatakan tidak tegas dalam soal perbelanjaan. Dalam keadaan perbelanjaan kita meningkat dan defisit membengkak, kita masih meluluskan beberapa peruntukan tambahan.

“Kelewatan kita melaksanakan penyasaran juga dianggap sebagai kelemahan.

“Perincian laporan itu teguran yang agak keras dan menyebabkan kita merosot, adalah kerana kelewatan kita, kurang tegas kita dalam pelaksanaan dan penyasaran subsidi,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa, lapor BH.

Beliau menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai strategi kerajaan susulan kejatuhan kedudukan Malaysia ke tangga ke-34 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2024.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat