Tidak Peduli Dikecam, Aliff Syukri Bangga Lagu Rayanya ‘Trending’ Nombor 1 Di YouTube

- Advertisement -

Walaupun berdepan kritikan netizen, Aliff Syukri tetap tidak patah semangat menghasilkan lagu baharu untuk menghiburkan para peminatnya. Terbaharu, Aliff Syukri hadir dengan lagu raya berjudul Lala Raya.

Aliff Syukri tidak menyangka lagu rayanya mendapat sambutan luar biasa sehingga mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan dalam tempoh seminggu dan juga trending nombor 1 di YouTube.

Screenshot 2021-05-11 at 12.44.11 PM

Oleh itu, Aliff menzahirkan rasa syukur walaupun menerima kritikan tetapi masih ‘trending’ di YouTube. Tambahnya, dirinya bukan penyanyi profesional dan hanya mahu jadi seorang penghibur.

Tidak kisah dikecam atau dikutuk, Aliff terharu kerana orang ramai memilih untuk mendengar lagu rayanya dan kini dirinya penyanyi nombor 1 Malaysia. Difahamkan, lagu tersebut adalah untuk menghiburkan hati mereka yang tidak dapat pulang ke kampung berhari raya susulan rentas negeri tidak dibenarkan.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat