Elon Musk Umum Satelit Doge-1 Bakal ‘To The Moon’ Seawal Tahun Hadapan

- Advertisement -

Sekiranya anda mengikuti perkembangan dunia matawang kripto, pastinya anda cukup tahu dengan Dogecoin. Bermula sebagai shitcoin, siapa sangka Dogecoin sudah berjaya mengumpul lebih $60 bilion sekaligus menjadi lima matawang kripto dengan jumlah market tertinggi dunia.

Terbaharu, selepas penampilan Elon Musk di Saturday Night Live yang menyebut tentang Dogecoin, beliau menerusi Twitter beliau memaklumkan bakal melancarkan satelit Doge-1 ke bulan sekaligus menjadikan kripto pertama dan meme pertama ke angkasa. Pengumuman yang dibuat nyata meningkatkan harga Dogecoin buat sementara waktu.

 

Menariknya, matawang Dogecoin bakal digunakan untuk menjayakan misi ini. Penerimaan Dogecoin ini secara tidak langsung memberi bayangan buat orang ramai mengenai penggunaan matawang ini.

Setakat artikel ditulis, harga Dogecoin didagangkan dengan harga serendah $0.47 sahaja di mana terdapat spekulasi memaklumkan para pelabur sudah mulai beralih kepada sebuah lagi matawang berasaskan meme iaitu Shiba Inu.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat