Sule harap anak tidak miripnya

- Advertisement -

Jakarta: Pelawak yang juga pengacara popular Indonesia, Sutisna atau Sule berharap wajah anak pertama hasil perkahwinan dengan Nathalie Holscher tidak mirip wajahnya.

Bagaimanapun, bapa kepada penyanyi popular Rizky Febian itu bersyukur kandungan berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Alhamdulilah, saya sangat teruja untuk bergelar bapa kepada anak yang bakal dilahirkan ini.”Semoga bayi ini nanti tidak mirip saya. Awak kalau lihat saya harus baik-baik nanti muka bayi kita persis saya,” kata Sule kepada Nathalie dalam perkongsian terbaharu di saluran YouTube Sule Family.

Menerusi video yang dikongsikan, wajah Nathalie seakan tidak bersemangat dan begitu pucat kerana keadaan dirinya yang hamil pada usia muda.

Menurut Sule, sehingga kini dia masih belum berkesempatan menemani isterinya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan bersama doktor.

Dia juga berpesan kepada Nathalie untuk mengurangkan aktiviti dan fokus menjaga kehamilannya.

“Saya gembira apabila semuanya berada dalam keadaan baik. Cuma selepas ini kena fokus menjaga kehamilan dan kurangkan aktiviti kerja dulu,” katanya.

Sule dan Nathalie mula berkenalan sejak 2012 ketika Natalie baru berusia 18 tahun dan menjadi tetamu dalam satu program televisyen.

Namun, hubungan mereka hanya atas hubungan kerja.

Selepas beberapa lama tidak berhubung, Nathalie mengajak Sule untuk bekerjasama di YouTube tahun lalu sekali gus membuatkan hubungan mereka semakin intim dan memilih untuk berkahwin pada 15 November tahun sama.

Sule sudah tiga tahun menduda selepas bercerai dengan bekas isteri, Allahyarham Lina Jubaedah pada 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai empat anak dan seorang daripada mereka, Rizky Febian kini dikenali dalam bidang nyanyian.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat