Israel Terlalu Angkuh! – Hishammuddin

CYBERJAYA: Israel terlalu angkuh! Itulah nada kurang senang Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien atas kekejaman dan tidak perikemanusiaan tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

Israel perlu hentikan serta merta penggunaan kekerasan terhadap orang awam Palestin dan berhenti ceroboh Wilayah Palestin, tegasnya.

“Israel terlalu angkuh. Belum reda kemarahan umat Islam susulan pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa, mereka terus bertindak zalim dengan melancarkan serangan udara semalam yang mengakibatkan kematian dan kecederaan orang awam Palestin termasuk kanak-kanak.

“Perbuatan terkutuk ini amat melampau, tidak berperikemanusiaan serta secara terang-terangan mencabuli undang-undang antarabangsa. Lebih mendukacitakan, ia dilakukan ketika umat Islam sedang memaknai Ramadan dan bersedia menyambut Syawal lusa. Kebiadaban ini sangat tidak menghormati Islam dan umatnya,” kata Hishammuddin.

Ujarnya lagi, pendirian tegas Malaysia ini mesti disokong seluruh masyarakat dunia. Berdiam diri dengan kekejaman Israel bukan lagi caranya.

Sehubungan dengan itu,  semua pihak mesti menyokong perjuangan rakyat  Palestin untuk memiliki negara yang bebas dan berdaulat. Malaysia akan terus bersama Palestin!. Ujarnya. -SuaraTV

Baca lagi:

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Pembayaran Tunggakan Cukai LHDN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal mendapatkan penangguhan terhadap perintah mahkamah berhubung pembayaran tunggakan cukai RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam...

Pahang Catat Penurunan Kes Covid-19 Yang Ketara: Wan Rosdy

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail, berkata Pahang telah mencatatkan penurunan kes Covid-19 begitu ketara semenjak 19 Mei lepas. Katanya,...

Urus wabak dulu jangan desak PRU-15, PAS senada UMNO

KUALA LUMPUR - PAS merujuk kepada kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa UMNO tidak perlu mendesak kerajaan supaya mengadakan...