RUU anti lompat parti syarat utama MoU – PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR –  Pakatan Harapan (PH) mengulangi pendirian bahawa RUU Anti Lompat Parti merupakan salah satu syarat utama Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MOU).

PH komiteduntuk memastikan Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti berjaya dibentang dan diluluskan demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pilihanraya dan seterusnya menjamin masa depan demokrasi di Malaysia.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan RUU Anti Lompat Parti di Parlimen hari ini.

“Melalui hasil perbincangan itu, Pindaan kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak berpersatuan perlu diperhalusi supaya ianya dihadkan kepada Rang Undang-Undang berhubung larangan melompat parti sahaja;

“Selain itu, Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan berhubung seseorang wakil rakyat yang melepaskan jawatan wakil rakyat hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun akan diteliti dan diusahakan penyelesaian, supaya selaras dengan semangat RUU Anti Lompat Parti.

“Pindaan Perlembagaan yang dibentang hari ini akan dirujuk ke sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bersifat dwipartisan, melibatkan semua parti, dan ditugaskan meneliti, memperhalusi dan mencadangkan deraf Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti ke Jemaah Menteri dalam masa satu bulan.

“Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti yang dipersetujui kedua-dua pihak akan dibentang dan diluluskan dalam satu sidang khas Parlimen sebelum penghujung bulan Mei 2022,”katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat