Pembaharuan Lesen Operasi Lynas Menimbulkan Kemarahan Hebat

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan keputusan memperbaharui lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) selama 10 tahun, walaupun kerajaan menekankan bahawa Lynas tertakluk kepada “syarat yang lebih ketat”, desakan dan rasa tidak puas hati daripada pelbagai pihak terus meningkat. Kebanyakan pembantah berpendapat bahawa penjelasan berkaitan tidak hanya gagal menyelesaikan konflik utama, malah mendedahkan ketidakpraktisan teknologi pengekstrakan torium, risiko alam sekitar yang semakin membimbangkan serta kekurangan integriti politik. Walaupun pembaharuan lesen operasi Lynas dipengaruhi oleh pertimbangan kepentingan geopolitik dan ekonomi dari perspektif kerajaan, ia tetap memberikan kesannya negatif melebihi manfaat.

Di tengah-tengah banyak kritikan ini, ketidakpraktisan teknologi pengekstrakan torium menjadi salah satu fokus perselisihan. Selama lebih 10 tahun beroperasi di Malaysia, Lynas secara berulang kali cuba melarikan tanggungjawab dan melanggar janji-janjinya. Bukti berkaitan telah jelas menunjukkan kekurangan integriti Lynas. Oleh itu, apabila kerajaan mencadangkan “memberi masa lima tahun kepada Lynas untuk melaksanakan teknologi tersebut yang di peringkat makmal kepada peringkat komersial dan kegunaan industri” sebagai salah satu syarat pembaharuan lesen tersebut, ramai orang merasa sukar percaya akan cadangan ini. Dan beberapa pihak juga mengkritiknya sebagai sesuatu yang jauh dari realiti.

Pengerusi NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) Tan Bun Teet mendakwa bahwa hingga kini teknologi pengekstrakan torium masih berada di tahap makmal. Kerajaian menyatakan biasanya proses tersebut memerlukan 7 hingga 10 tahun, tetapi hari ini hanya memberi 5 tahun. Kelajuan pengembangan teknologi ini jelas berbeza dengan piawaian industri. Pernyataaan serupa pernah digunakan oleh kerajaan untuk membaharui lesen operasi Lynas, maka kata-kata kerajaan kini adalah sekadar ‘taktikal tipuan’ kepada rakyat. Pertubuhan Sahabat Alam Malaysia (SAM) berkata sehingga kini tiada data terbuka yang menunjukkan kejayaan sebenar dalam penyelidikan teknologi pengekstrakan torium. Syarat tambahan tersebut untuk pembaharuan lesen adalah ‘bom asap’ yang membolehkan Lynas terus menghasilkan lebih banyak sisa radioaktif. Kerajaan harus mendesak Lynas menghantar semua sisa radioaktif balik ke Australia.

Selain itu, risiko alam sekitar juga menjadi kebimbangan besar. Walaupun kerajaan menekankan bahawa keselamatan akan terjamin melalui pemantauan ketat, pihak-pihak menentang berpendapat keseimbangan antara ekonomi dan tanggungjawab alam sekitar telah rosak. Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Oh Tong Keong berkata rakyat tidak bercadang untuk menentang pembangunan ekonomi tetapi khuatir sama ada keselamatan alam sekitar dan jaminan kesihatan rakyat benar-benar dipertimbangkan. Beliau mendesak kerajaan mengemukakan secara menyeluruh data pemantauan persekitaran, mekanisme pengurusan sisa radioaktif serta laporan penilaian risiko jangka panjang dan membenarkan pakar bebas serta dalam proses pemantauan.

Tan Bun Teet turut membongkarkan kelemahan Lynas dalam pengurusan risiko alam sekitar dan transparensi data. Kemudahan pelupusan kekal (PDF) sedia ada hanya menggunakan piawaian pembuangan sampah domestik untuk mengurus sisa penulenan larutan air (WLP), iaitu jauh berbeza daripada piawaian antarabangsa bagi bahan buangan radioaktif. Lagi pun, masyarakat tidak mengetahui jumlah sebenar bahan buangan toksik yang dihasilkan oleh Lynas dalam 3 tahun lepas. Jika Lynas terus menjalankan proses C&L selama 5  tahun akan datang tanpa membina kemudahan PDF baru, maka bahan buangan toksik tersebut tidak dapat ditangani dengan efektif, dan sisa  WLP ini akan memberikan ancaman jangka panjang kepada keselamatan alam sekitar serta kesihatan rakyat.

Tambahan pula, perselisihan berkaitan juga meluas ke bidang politik. Kerajaan pernah beri janji untuk menutup Lynas sebelum pilihan raya, tetapi terus membaharui lesen operasi Lynas selepas memegang kuasa. Tindakan yang tidak konsisten ini telah mencetuskan kemarahan umum dan isu Lynas kini menjadi ujian kepada integriti kerajaan. Sejak kenyataan dikeluarkan, telah banyak ahli politik yang menggunakan peluang ini untuk membidas kerajaan atas kegagalan menepati janji. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh berkata bahawa rupanya Lynas ini bukan boleh menjadikan seseorang itu cacat, tetapi kesan Lynas boleh menjadikan seseorang itu menteri rupanya. Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng berkata secara tegas bahawa jika kerajaan sentiasa lebih mengutamakan kepentingan ekonomi berbanding kesihatan rakyat, dan tidak memberikan respons terhadap tuntutan rakyat berkaitan kesihatan dan alam sekitar, maka ia akan hilang keyakinan rakyat.

Pada 9 Mac, Mahkamah Rayuan menolak permohonan rayuan Tan Bun Teet dan memerintahkan beliau membayar kos perundangan sebanyak RM100,000, menyebabkan usaha SMSL untuk menghalang pembinaan PDF gagal sekali lagi. Tan Bun Teet berpendapat bahawa Lynas tidak memenuhi janji untuk mengembangkan teknologi pengekstrakan thorium  serta tidak memindahkan proses C&L keluar dari Malaysia, yang menyebabkan Malaysia menghadapi risiko sisa radioaktif. Walau pun organisasi rakyat memberi data dan fakta, kerajaan tetap enggan ambil peduli tentang risiko alam sekitar dan kesihatan awam akibat operasi Lynas dan meluluskan pembaharuan lesen Lynas. Oleh itu, satu-satunya cara rakyat boleh buat adalah menggunakan undi sebagai pelajaran kepada mereka.

ketidakpraktisan teknologi pengekstrakan thorium, bahaya proses C&L, kekurangan piawaian pengurusan sisa, ketiadaan transparansi data serta kekurangan integriti politik telah menimbulkan pertanyaan dari masyaraka. Mengenai ini, kerajaan wajar memandang serius isu Lynas  dan memastikan Lynas menepati semua komitmennya melalui pemantauan berkesan, contohnya menyemak dan mengumumkan secara berkala kemajuan penyelidikan dan pembangunan teknologi pengekstrakan thorium. Jika terdapat kelambatan dalam projek disebabkan kurangan dana, kerajaan harus mendesak Lynas meningkatkan peruntukan penyelidikan dan pembangunan. Sekiranya kelambatan tersebut berulang kali berlaku, kerajaan boleh menghentikan semakan terhadap permohonan Lynas untuk import bijih nadir bumi daripada Australia atau membekukan lesen operasi Lynas. Dengan langkah-langkah pengawasan yang ketat,  kerajaan dapat menjawab keprihatinan rakyat mengenai kesihatan dan alam sekitar serta membina semula keyakinan rakyat.

Nazri Hassan, penyelidik di Jabatan Sains Kemanusiaan, Fakulti Kajian Islam dan sains sosial, Universiti Sultan Azlan Shah

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat