KUALA LUMPUR – Pada 2025 pelaburan masuk ke Malaysia sebanyak RM426.7 bilion sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi dalam sejarah negara.
Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik yang kini menjawat Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tahu tak berapa banyak pelaburan masuk ke Malaysia pada 2025? RM426.7 bilion. Tertinggi dalam sejarah negara.
“Daripada 8,400 projek, hampir 245,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan,” umum beliau.
Menurut Tengku Zafrul, dalam dunia yang makin tidak menentu – perang dagang, sekatan teknologi dan konflik geopolitik – pelabur sebenarnya mencari negara yang stabil dan jelas arah tuju ekonominya.
“Perkara ini saya kongsikan di Asian Leaders Roundtable, Tokyo International Conference.
“Bagi Malaysia, perkara ini sangat penting. Kita ialah negara perdagangan. Pada 2025 sahaja, jumlah dagangan negara mencecah RM3.061 trilion.
“Bila pelaburan masuk, ekonomi berkembang. Bila ekonomi berkembang, peluang pekerjaan untuk rakyat pun bertambah,” katanya.



