Bekalan petroleum Malaysia cukup sehingga Mei, meski sukar petrol kekal RM1.99 seliter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan jaminan bekalan minyak Malaysia dijangka mencukupi sehingga Mei 2026 bahkan subsidi petrol RON95 menerusi BUDI95 juga tidak berganjak RM1.99 seliter di sebalik konflik memuncak di Asia Barat.

“Alhamdulillah berkat pengurusan Petronas dan negara, kita dapat menjamin bekalan minyak yang cukup dan mengekalkan harga RM1.99 bagi BUDI Madani 95.

“Keterjaminan bekalan minyak di Malaysia masih terkawal. Itu kita dalam keadaan yang sangat membanggakan, Alhamdulillah, kerana bila kita semak dengan Petronas terutamanya, kita dapati bekalan produk petroleum mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.

“Ini tentunya berbeda daripada keadaan di kebanyakan negara lain. Sebab itu saya selalu tekankan tentang isu tata kelola, pengurusan yang cekap dan beramanah dan profesional,” katanya dalam sidang media khas pada Rabu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan juga menegaskan, kerajaan akan terus medepani permasalahan ini dengan memfokuskan kepada kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Bagaimana kerajaan mampu melindungi rakyat dari impak penuh kenaikan harga minyak dan tentunya berikutan harga barang-barang keperluan lainnya.

“Sebab itu saya telah maklumkan kepada Jemaah Menteri untuk menetapkan harga BUDI95 untuk rakyat. Ini satu keputusan yang sukar tapi akan dikekalkan pada paras RM1.99 sen seliter,” jelas beliau.

Sementara itu, Anwar juga meminta Timbalan Perdana Menteri II melaksanakan penguatkuasaan diesel, lebih terkawal di Semenanjung, tidak naik di Sabah dan Sarawak. Justeru ini memungkinkan penyeludupan besar-besaran.

“Jadi saya tugaskan TPM II bersama KPDN untuk memastikan pengawasan lebih teliti dan tindakan yang lebih tegas terhadap kalangan yang cuba mengambil kesempatan dan menyeludup.

“Manakala Menteri Kewangan II akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas mengkaji bersama dengan Menteri Ekonomi dan Menteri-Menteri yang berkaitan impak ekonomi setiap hari supaya dapat diberikan maklum kepada pimpinan kerajaan.

“Jadi tentunya kita akan pantau perkembangan di Asia Barat dan apa kesudahannya, kita mendoakan keadaan Allah SWT untuk melindungi mereka dan agar keamanan dapat dicapai,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat