Ali XPDC akan disedarkan, tiada darah beku

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi, Ali XPDC, 53, yang ditidurkan di Hospital Ampang, semalam, selepas mengalami kesukaran bernafas, semakin beransur baik dan akan disedarkan semula, hari ini.

Rakan baiknya, Fuad Shahrin menerusi Instagramnya, memuat naik perkembangan terkini Ali yang diperolehinya setakat jam 10.30 pagi, hari ini.

“Pagi tadi pakar sudah periksa, alhamdulillah keadaan dia okey, tiada darah beku dalam kepala, paru-paru pun bersih tiada jangkitan kuman.

“Cuma pakar nak buat pemeriksaan lanjut jantung dia. Insya-Alla petang ini kemungkinan besar Ali akan disedarkan semula,” katanya.

Terdahulu isterinya, Sharifah Syarzana menerusi kiriman suara kepada rakannya memberitahu kesihatan Ali agak mencemaskan iaitu 50/50.

Dia juga memohon semua peminat terutama rakan suaminya melakukan solat hajat dan bacaan Yassin untuk kesejahteraan Ali.

Manakala Facebook Sahabat XPDC semalam memuat naik perkembangan terbaru Ali yang semakin sihat dan mula diajar melakukan aktiviti ringan.

Ali juga sudah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah.

Mereka turut memaklumkan Ali tidak dijangkiti Covid-19, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan Covid-19.

Terdahulu, Ali dikejarkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu apabila tiba-tiba didapati tidak bermaya ketika mahu makan selepas selesai berlatih di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.

Mereka berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.

Bagaimanapun penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan menunda tarikh konsert itu kepada 25 Mac ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat