‘Saya memang indie’ – Aina Abdul

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi, Aina Abdul menganggap segelintir penyanyi dan kumpulan indie yang mendakwa lagu mereka sukar menembusi pasaran arus perdana adalah subjektif.

Aina yang turut mewakili suara penyanyi indie berkata, sekiranya ingin karya yang diketengahkan berjaya dan menembusi pasaran arus perdana, seseorang penyanyi atau kumpulan itu perlu bekerja lebih keras berbanding penyanyi yang bernaung dengan syarikat rakaman.

“Bagi saya, terma indie banyak disalahgunakan. Indie bukannya genre muzik, tapi bermaksud ‘independent’.

“Saya pun datang dari latar belakang indie. Walaupun lagu saya genre balada, tapi saya tetap anak indie. Cuma bezanya artis indie dengan penyanyi di bawah syarikat rakaman adalah kita perlu bekerja keras tapi prosesnya sama saja.

“Sebagai artis indie kita perlu pandai membina hubungan baik dengan orang yang tepat bagi mengetengahkan lagu kita. Namun, ada juga penyanyi indie yang mengatakan mereka tak perlu pengiktirafan daripada arus perdana dan itu hak mereka.

“Tidak dinafikan terdapat penyanyi dari latar belakang lain mereka tak perlukan arus perdana untuk terkenal. Tambahan sekarang ada media sosial, jadi ada banyak saluran untuk mereka perkenalkan lagu. Soal perlu pengiktirafan atau tidak, itu subjektif tapi jika penyanyi indie itu meneruskan untuk dikenali sampai arus perdana ia adalah bonus dan usaha yang baik,” katanya.

Menurut Aina, sebagai penyanyi yang bergerak solo tanpa bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman, dia mengaku bukan satu proses yang mudah untuk menempatkan diri dalam industri seni.

“Sangat susah nak menempa nama sampaikan saya ambil masa bertahun-tahun untuk dikenali. Apa yang saya miliki ini bukan usaha yang hanya makan masa satu hari, tapi usaha ini saya perlu puji kerana ini adalah kerja saya bersama pasukan di belakang saya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat