Institusi Perdana Menteri bukan maksum sampai rakyat tak boleh bersuara – PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Institusi Perdana Menteri bukan maksum daripada kesilapan sebaliknya, rakyat yang melantik mereka berhak untuk menilai prestasi dan menyuarakan pandangan terhadap kerajaan,” kata Ketua Penerangan PKR, Datuk Shamsul Iskandar Md. Akin.

Katanya, cadangan Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, YB Senator Datuk Razali Idris untuk meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 bagi menghukum pengguna media sosial yang mengkritik institusi Perdana Menteri agak keterlaluan.

“Tidak perlu ditambah lagi akta sakit hati yang mahu menghukum rakyat yang menyakitkan hati kerajaan.

“Hakikatnya, dengan undang-undang sedia ada pun kerajaan boleh sesuka hati menghukum pandangan yang tidak bersetuju dengannya, maka sah jika digubal undang-undang baharu ini, akan ada lebih ramai lagi mangsa kezaliman akta sakit hati kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya memberitahu, ketika dunia bercakap soal dasar keterbukaan cadangan ini melangkah jauh kebelakang.

“Bertentangan dengan nilai keterbukaan yang dipupuk oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) , sebelum dicuri. Adakah cadangan ini mengambarkan budaya yang dibawa oleh Perdana Menteri? Sehingga kini Tan Sri Muhyiddin Yassin mengelak daripada mengadakan sidang media terbuka.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia perlu menjelaskan pendirian kementerian dalam memastikan hak bersuara rakyat sentiasa terpelihara.

“Kita tidak harus menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara selagi ianya tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama,” bidas beliau.
Semalam, Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara Senator Datuk Razali Idris berkata, cercaan, hasutan dan carutan oleh netizen dalam media sosial dilihat sudah menjadi penyakit mental nombor satu di negara ini dan memerlukan satu tindakan undang-undang yang lebih tegas dan agresif.

Beliau menzahirkan kebimbangan itu mencadangkan satu rang undang-undang baharu berkenaan cercaan, hasutan dan carutan perlu diperkenalkan atau dengan meminda undang-undang sedia ada dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
“Dalam hal ini, Parlimen juga boleh menggubal undang-undang menurut Perkara 10(2)(a) untuk menyekat kebebasan bersuara sekiranya ia berkenaan beberapa perkara antaranya, berkaitan keselamatan dalam negeri, prinsip moral, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Razali berkata kaukus itu juga yakin bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tindakan lebih tegas di bawah AKM 1998, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Kanun Keseksaan (Akta 574) serta Akta Jenayah Komputer 1998 bagi mereka yang menyalahgunakan platform media sosial serta hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Peguam untuk pendakwaan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat