PN mungkin minta darurat, bukan nak lawan Covid-19 tapi kekal berkuasa – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan teori dakwaan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) mungkin cuba meminta Yang di-Pertuan Agong membenarkan darurat dilaksanakan.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika laporan media betul bahawa kerajaan PN telah bersetuju untuk sekali lagi menghadap Agong untuk meminta darurat dengan alasan mahu melawan Covid maka beliau percaya keputusan ini adalah berasaskan politik dan bukan untuk melawan Covid.

“Sebab kita maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama bulan Mac-April dulu adalah amat tegas termasuk mengarahkan anggota tentera untuk mengawal keadaan.

“Apa lagi yang tak cukup untuk lawan Covid masa PKP pertama itu?

“Seperti dibuktikan pada PKP pertama tahun lepas, undang-undang Malaysia di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sudah cukup kuat untuk segala kerja mengawal Covid tanpa pengisytiharan darurat dan menggantungkan Parlimen,” catat Najib di Facebooknya.

Menurut beliau, jika ianya benar bahawa permintaan darurat dibuat sekali lagi maka lagi ramai rakyat yang akan membina persepsi bahawa kerajaan hari hanya sekadar mahu mengekalkan kuasa politik mereka dan bukan atas kepentingan rakyat.

“Ramai juga yang akan membina persepsi bahawa kerajaan PN melonggarkan hampir semua SOP termasuk menarik balik sekatan rentas negeri untuk sengaja menggadaikan kesihatan dan nyawa rakyat dengan membiarkan keadaan Covid-19 menjadi teruk agar mereka ada peluang untuk meminta darurat sekali lagi setelah permintaan darurat pertama mereka telah gagal pada bulan Oktober lalu.

“Sebab itu, sekadar PKP 2.0 sudah memadai jika mahu dilaksanakan,” ujar Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat