Isu KWSP, Moratorium dan Isu Adib Antara 9 Sebab Jazlan Tarik Sokongan

15 Orang Penduduk Setinggan Kwong Tong Dapat Tawaran Rumah DBKL

CYBERJAYA: Susulan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ke setinggan Kwong Tong semalam, seramai 15 orang penduduk telah menerima tawaran rumah DBKL. Pada...

UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan bahawa UMNO bukan parti tidak sedar diri. Malah beliau menegaskan, UMNO bukan parti...

Majlis Presiden PN Berpuas Hati Penjelasan Ordinan Darurat, Pengurusan Darurat Serta Pandemik Covid-19 – PM

CYBERJAYA: Majlis Presiden Perikatan Nasional yang mengadakan mesyuarat pada petang tadi berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat,...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub hari ini menjelaskan sembilan sebab atau punca yang mendorongnya menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Isu pengeluaran i-Sinar KWSP dan Moratorium pinjaman bank serta isu kematian arwah Adib yang masih belum terbela adalah antara punca penarikan sokongan itu.

Beliau menegaskan tindakan itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak sebaliknya dibuat seikhlas hati demi kepentingan rakyat.

“Secara jujur, ini sebabnya kenapa saya menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan PN, selain menghormati memorandum daripada Badan Perhubungan UMNO empat peringkat negeri Kelantan,” katanya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau berkenaan isu itu;-

Ekoran daripada pengumuman saya semalam, jujur saya nyatakan, keputusan saya tidak terpengaruh atau dipengaruh oleh mana-mana pihak. Saya buat seikhlas hati saya demi rakyat dan parti saya.

Dalam sidang media saya, tidak ada menyentuhpun soal PRU, atau memberi sokongan kepada mana-mana pihak.

Dan saya bukanlah orang yang pertama menarik sokongan. Saya Ahli Parlimen yang kedua selepas YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang.

Saya juga menghormati memorandum daripada Badan Perhubungan UMNO Empat Peringkat Negeri Kelantan yang menyarankan saya agar menarik sokongan. Sebelum sidang media dibuat, saya telah mengambil pandangan Badan Perhubungan 4 Peringkat dan saya telah memberi ruang seluas-luasnya kepada semua yang ingin membangkitkan apa-apa bantahan atau isu yang ingin diketengahkan. Keputusan sebulat suara sewaktu mesyuarat 4 peringkat di Perhubungan Kelantan sebelum sidang media berlangsung yang menyokong keputusan saya.

Dalam situasi begini, apa pilihan yang saya ada? Sama ada mementingkan rakyat dan parti sebagai mana disarankan oleh Badan Perhubungan 4 Peringkat ataupun berdiam diri sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab kepada organisasi parti di negeri Kelantan. Maka pengumuman saya untuk tidak menyokong kerajaan yang ada di bawah pimpinan Perdana Menteri sekarang berlandaskan kepada naratif di bawah ini yang saya sebut di dalam sidang media saya semalam.

1. TERTIPU DENGAN JANJI MORATORIUM DAN KWSP

Kami sedar bahawa cadangan untuk meneruskan moratorium dan pengeluaran KWSP datang dari kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Oleh kerana cadangan ini adalah bertepatan dengan kehendak rakyat maka sudah tentu gambaran yang dilihat berpihak kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Justeru itu kerajaan hari ini telah bersetuju pada peringkat awal tetapi tidak melaksanakan sebagaimana cadangan sebenar yang dikehendaki oleh rakyat melalui kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Jadi inilah antara sebabnya Ahli-ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

2. COVID-19 SEMAKIN PARAH

Melihat kepada penularan Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat, ini menggambarkan Kerajaan Perikatan Nasional hari ini gagal untuk menyediakan perancangan bagi menangani masalah ini. Kalau kita melihat kepada negara-negara lain dapat mengawal penularan ini, tetapi di Malaysia seolah-olah hilang kawalan. Ini menunjukkan kerajaan yang ada gagal perancangan dan tindakan untuk membanteras Covid-19 dan langsung tidak ada kesan. Malahan pembekalan vaksinpun kita tidak tahu bila dapat diedarkan di Malaysia. Singapura sudah mula program vaksinasinya dan Indonesia juga sudah umum akan mula program ini pada 13 Januari 2021. Tetapi di Malaysia tidak ada pengumuman program vaksinasi diadakan.

3. PENGANGGURAN YANG MEMBIMBANGKAN

Semua telah maklum bahawa keadaan pengangguran semakin membimbangkan. Pakar-pakar ekonomi juga berpandangan sedemikian dan keadaan ini akan berterusan sekiranya kerajaan yang mentadbir negara tidak stabil dan rakyat semakin terdesak dengan kuasa beli yang semakin rendah, keadaan ini boleh membawa peningkatan masalah gejala sosial seperti kes rompakan, kecurian, samun dan lain-lain lagi.

4. PRESTASI EKONOMI SEMAKIN MENGUNCUP

Semua sedar bahawa kerajaan Perikatan Nasional hari ini tidak kukuh dengan majoriti yang tipis berbanding dengan pembangkang. Pelabur-pelabur asing takut untuk datang membuat pelaburan dan langkah-langkah penjanaan ekonomi tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Malahan banyak pelabur-pelabur yang sedia ada di negara ini berpindah ke negara lain seperti Vietnam, Indonesia dan lain-lain. Ini mengakibatkan perkembangan ekonomi akan terkesan.

5. ADIB MASIH BELUM TERBELA

Kes Adib yang telah diperjuangkan oleh UMNO dan PAS semasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan tidak diambil peduli oleh kerajaan hari ini. Harapan keluarga Adib hanya menjadi igauan yang mengharapkan kerajaan yang didokong oleh pemimpin yang ada dalam kerajaan Perikatan Nasional memberi pembelaan yang adil dalam kes Adib. Oleh itu kami berpendapat bahawa kerajaan hari ini masih dipengaruhi oleh pemimpin kerajaan terdahulu yang mana kes ini tidak ada jalan penyelesaian.

6. PEMULANGAN DUIT UMNO

Pihak kami mendapati wang UMNO yang telah ditahan semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan masih diteruskan oleh kerajaan hari ini dengan tidak mengembalikan wang tersebut kepada UMNO. Kerajaan hari ini juga telah mengemukan rayuan terhadap keputusan mahkamah sedangkan mahkamah telah dua kali membuat keputusan membebaskan tuduhan terhadap wang tersebut diperolehi secara tidak sah. Ini menunjukkan bahawa kerajaan hari ini yang ditunjangi oleh parti PPBM mempunyai agenda tertentu yang telah dirancang bagi mengekang aktiviti UMNO di peringkat nasional, negeri, bahagian hingga ke cawangan.

7. AHLI UMNO DICURI

Kepimpinan UMNO juga telah memberi sokongan kepada Ahli Parlimen UMNO secara bersama menyokong bagi membentuk kerajaan hari ini iaitu Kerajaan Perikatan Nasional, jadi sepatutnya tidaklah berlaku agenda membeli ahli dan menubuh cawangan melalui ahli-ahli UMNO oleh parti PPBM dengan menyediakan peruntukan tertentu. Kalau betullah kerajaan hari ini merupakan kerajaan yang dibentuk bersama demi kesejahteraan rakyat dan berfokuskan kepada kedudukan agama, bangsa dan negara, tidak sepatutnya pihak PPBM mencuri ahli-ahli UMNO bagi mencapai matlamat 8,000 cawangan dalam masa tiga bulan.

8. PEMBELAAN PELAJAR IPT

Kerajaan pada hari ini kurang memberikan perhatian kepada pelajar IPT samada yang terkesan ataupun tidak, hanya bantuan one-off bernilai RM100 sahaja kepada golongan ini. Berilah anak-anak permata negara ini bantuan yang lebih besar kerana mereka bakal mewarisi negara; keluarga mereka tidak mampu memberi kewangan yang mencukupi kerana ibu bapa juga turut terkesan di kala wabak pandemik melanda negara.

Pembelajaran secara atas talian juga memerlukan data internet; ini semua perlukan duit untuk mereka.

9. PERHATIAN BERSASAR KEPADA GOLONGAN M40

Golongan besar M40 yang terkesan seperti pemotongan sejumlah besar gaji ataupun kehilangan terus punca pendapatan. Golongan ini juga tidak diberi perhatian dan bantuan dalam kemudahan untuk mengeluarkan duit KWSP dan sebilangan besar sudah menjadi B40 akibat kehilangan kerja.

YB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

11 Januari 2021

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan

UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan bahawa UMNO bukan parti tidak sedar diri. Malah beliau menegaskan, UMNO bukan parti...

Majlis Presiden PN Berpuas Hati Penjelasan Ordinan Darurat, Pengurusan Darurat Serta Pandemik Covid-19 – PM

CYBERJAYA: Majlis Presiden Perikatan Nasional yang mengadakan mesyuarat pada petang tadi berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat,...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...