Satu Kes Covid-19 Mutasi UK B.1.1.7 Dikesan Di Malaysia – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu kes Covid-19 varian UK B.1.1.7 dikesan di Malaysia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu dilaporkan dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada Disember lalu.

“Pengembara ini didapati positif pada 28 Disember lalu dan (sudah) diasingkan untuk rawatan lanjut.

“Sejak Oktober 2020, Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara yang melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.

“Sebanyak 968 sampel diuji sejak Oktober lalu dan melakukan genome sequencing bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, setakat 11 Januari lalu, tiada penularan dalam negara dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 itu.

“KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

“Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak didapati menyebabkan simptom yang teruk, ia boleh menular dengan mudah dan cepat,” katanya.

Noor Hisham menasihati orang ramai sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat