Permit import tamat tempoh, hampir 25 tan ayam sejuk beku dari Thailand disita AKPS

KUALA LUMPUR – Kegagalan pengimport mengemukakan permit import yang masih sah menyebabkan hampir 25 tan ayam sejuk beku dari Thailand bernilai RM562,290 disita Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam Fauzi Mohd Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata, rampasan itu dilakukan selepas pemeriksaan fizikal terhadap barang dagangan berkenaan di Bilik Sejuk Beku, Blok E1, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati pengimport mengemukakan dokumen Permit Import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang sudah tamat tempoh sah.

Menurutnya, dagangan terbabit terdiri daripada paha ayam bahagian atas dan paha ayam tanpa tulang sejuk beku.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Katanya, kes itu sudah diserahkan kepada pihak MAQIS untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“AKPS tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang, khususnya membabitkan pengimportan barangan yang tidak memenuhi syarat dan peraturan ditetapkan,” kata beliau menurut kenyataan berkenaan.

Pihaknya turut menegaskan pemeriksaan serta pemantauan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan semua dagangan yang dibawa masuk ke negara ini mempunyai permit dan dokumen sah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat