TULUS…. ‘MANUSIA’ Yang dinanti Kembali bertemu peminat dengan suara menenangkan jiwanya

- Advertisement -

9 November 2022, Kuala Lumpur Seperti 1000 tahun lamanya tidak bertemu mata dan mendengar  suara pemenang anugerah AMI Awards 2022 ini. Terakhir dia memberi persembahan yang cukup  bertenaga dan meninggalkan kesan di hati peminat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala  Lumpur.  

Sudah tentu kemenangan Tulus di AMI Awards 2022 menambahkan lagi debaran dan perasaan  peminat tegarnya untuk mendengar lagu-lagu album Manusia dibawakan secara langsung di Kuala  Lumpur. Tak dilupakan lagu-lagu nostalgia pada album-album sebelumnya. 

Penyanyi yang membawa pulang piala Album Pop Terbaik, Artis Solo Pria Pop Terbaik, Album Terbaik  Terbaik ini juga membawa pulang anugerah Karya Produksi Terbaik Terbaik untuk lagu Hati-hati Di  Jalan. Lagu yang menjadi tema para peminat dalam bermacam situasi.  

Shiraz Projects yang sebelum ini membawakan Tulus secara perdana di Kuala Lumpur melalui Konsert  Tulus Live at Istana Budaya dan seterusnya Konsert Sewindu Tour Kuala Lumpur di Dewan Plenari  merasa terpanggil dan bertanggungjawab melunaskan kerinduan dan kehendak peminat menonton  Tulus mendendangkan lagu-lagu lama dengan dibaluti dengan karya-karya barunya. 

  Bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ambience kali ini bakal mengamit lagi  memori dan momen peminat bersama Tulus dalam persembahan yang dinamakan “Fabulous Friday  presents Tulus”. Bakal diadakan pada 6 Januari 2023, pukul 8.30 malam, tiket-tiket boleh didapati di  www.myticket.asia.  

“Adalah menjadi tanggungjawab kami membawakan semula Tulus ke Kuala Lumpur. Kita sedia  maklum bahawa Tulus akan muncul dengan lagu-lagu berkualitinya yang akan dibawakan bersama  bandnya yang cukup kompak. Kehadiran Tulus,saya percaya bukan sahaja akan melunaskan kerinduan  para peminat tegarnya tetapi juga kita dapat belajar tentang produksi dan karya yang baik dari rakan  seni seberang. Saya percaya bahawa hal-hal seperti ini wajar kita kongsi dan bawakan untuk  dipersembahkan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi pengalaman,” ujar Shiraz yang merupakan  Pengarah Urusan Shiraz Projects.  

Tulus juga sudah tidak sabar untuk bertemu para peminat dengan mempersembahkan lagu-lagu dari  album Manusia buat kali pertama. “Lama betul tidak bertemu dengan para peminat di Kuala Lumpur.  Semoga rindu ini menghilang ketika kita bertemu di Dewan Plenari kelak. Kita bakal menyanyi  bersama-sama,” ujar Tulus yang turut tidak sabar bertemu para peminatnya.  

Tiket-tiket dengan harga RM950 (VIP), RM550 (Diamond), RM450 (Platinum), RM350 (Gold) dan  RM250 (Silver) akan dijual mulai 10 November 2022, Khamis pada pukul 2 petang.  

“FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS” yang merupakan persembahan satu malam sahaja ini  dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.  

“FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS” 
Tarikh : 6 Januari 2023 
Venue : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 
Laman Web : www.shirazprojects.com 
Harga tiket : RM950 (VIP) 
 RM550 (Diamond) 
 RM450 (Platinum) 
 RM350 (Gold) 
 RM250 (Silver) 
Tiket : www.myticket.asia 
Contact : 0386050196 
Info Hotline : 0122560082 
Facebook : fabulousfriday 
Instagram : fabulousfriday_shw 
Facebook : shirazprojects 
Instagram : shirazprojects 
Laman Web : www.shirazprojects.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat