HUAWEI nova 9 beri detik indah dengan kecanggihan teknologi kamera

- Advertisement -

TELEFON pintar terbaharu, HUAWEI nova 9 kini tersedia untuk pra tempahan mulai sekarang sehingga 19 November.

Menampilkan bentuk dan warna yang estetik, HUAWEI nova 9 mempunyai tahap kemajuan teknologi baharu dengan fotografi yang dipertingkatkan dan prestasi kuasa.

Bersama HUAWEI SuperCharge dan paparan cecair luar biasa, HUAWEI nova 9 bakal memberikan pengalaman luar biasa kepada pengguna.

Abadikan detik terbaik dengan sistem kamera penglihatan ultra

ImageFOTO ​​Preston.Les

HUAWEI nova 9 menawarkan prestasi kamera sama seperti kamera gred mercu sekali gus membolehkan pengguna merakam imej kehidupan sebenar pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kamera peranti ini dilengkapi kamera penglihatan ultra 50MP, kamera sudut ultra lebar 8MP, kamera kedalaman 2MP dan kamera makro yang membolehkan rakaman gambar dekat sehingga 4cm.

Bagi mendapatkan hasil imej yang luar biasa, pengguna perlu menitikberatkan kualiti dan ciri sesebuah kamera peranti.

Antara ciri penting ialah sensor kamera untuk gambar yang menarik kerana ia menangkap pendedahan cahaya untuk gambar tulen.

Kekurangan sensor kamera akan menyebabkan imej rosak dipenuhi butiran, hingar serta piksel.

Namun, dengan inovasi serta penyelidikan berterusan, HUAWEI membangunkan teknologi kamera baharu dalam HUAWEI nova 9 untuk pengalaman fotografi terbaik dengan keupayaan sensor kamera baharunya.

ImageFOTO ​​Preston.Les

Dilengkapi susunan penapis warna RYYB yang inovatif dan kepekaan cahaya yang tinggi, HUAWEI nova 9 mengumpul sehingga 40 peratus lebih pendedahan cahaya sekali gus imej kelihatan lebih jelas bagi kualiti gambar tulen.

Peranti ini turut mempunyai XD Fusion Engine, sebuah teknologi inovatif HUAWEI bagi meningkatkan butiran kualiti imej melalui teknik fotografi pengiraan.

HUAWEI nova 9 juga dilengkapi Teknologi Ultra Vision HDR untuk penggambaran foto profesional dalam semua jenis persekitaran bagi meningkatkan kreativiti serta membantu pengguna menangkap imej dengan mudah.

Kini, pengguna boleh menjadi kreatif dan menangkap gambar dengan pelbagai jenis kesan imej tanpa kamera profesional yang berat.

Buat peminat fotografi, peranti ini menyokong fungsi mod malam untuk pengalaman fotografi luar dan dalam pada waktu malam yang terbaik dengan memberikan butiran lebih terang serta tajam dalam imej yang dirakam.

Bagi pencipta kandungan, HUAWEI nova 9 turut menampilkan fungsi video dwi-paparan untuk membuat vlog secara kreatif.

Menggunakan kedua-dua kamera hadapan dan belakang, HUAWEI nova 9 menampilkan pendekatan penggambaran yang mudah dengan kedua-dua perspektif ditangkap serentak bagi menjimatkan masa ketika penyuntingan video.

Rekaan menakjubkan dengan paparan imersif

View this post on Instagram

A post shared by Dol (@luqmanpodolski)

 

Mempunyai paparan skrin melengkung OLED 6.57 inci, HUAWEI nova 9 menawarkan pengalaman hiburan terbaik dengan pemandangan sinematik untuk pengguna menikmati rancangan dan kandungan kegemaran.

Nikmati juga pergerakan dan grafik tanpa gangguan kerana HUAWEI nova 9 memberikan kualiti paparan kadar penyegaran sehingga 120Hz untuk memenuhi penggunaan harian pengguna.

Memberikan pengalaman premium, HUAWEI nova 9 mengoptimumkan skrin dengan menukar paparan antara 60Hz dan 120Hz kadar segar semula bergantung pada penggunaan, mengimbangi kedua-dua visual cecair ketika menonton video serta memanjangkan hayat bateri.

Selain itu, reka bentuk kaca melengkung dengan butang berfungsi di bahagian tepi, memberikan HUAWEI nova 9 rekaan yang estetik sesuai untuk kegunaan harian.

Dicipta dengan proses pengisaran kaca yang canggih serta lengkungan kaca pada bingkai logam, menjadikannya licin dan anggun apabila disentuh.

Dengan berat hanya 175g dan tebal 7.77mm, HUAWEI nova 9 memberikan pegangan yang selesa sesuai untuk bermain permainan mudah alih atau menyemak kandungan harian.

HUAWEI nova 9 juga hadir dengan cermin Starry Flash AG baharu dan cincin Star Orbit yang diilhamkan dari bintang pada kamera belakang bagi menampakkan bahagian belakang telefon pintar itu lebih menarik.

Hadir dalam warna baharu, HUAWEI nova 9 tampil dengan rona Starry Blue menyerlahkan lagi rekaan estetiknya.

Dibuat dengan proses dwi-filem, dwi-salutan serta salutan anti-silau termaju, HUAWEI nova 9 mengekalkan kemasan matte anggun dengan tekstur halus untuk sentuhan berkualiti.

Prestasi ultra dengan bateri tahan lama

Image

Kebanyakan individu kini bergantung hampir sepenuh masa pada telefon pintar. Justeru, penting untuk sesebuah peranti mempunyai bateri yang tahan lama.

Dikuasakan teknologi bateri HUAWEI terkemuka dalam industri, HUAWEI nova 9 menawarkan pengalaman pengecasan pantas terbaik dengan 66W HUAWEI SuperCharge.

Pengguna tidak perlu khuatir tentang hayat bateri dan penggunaan masa pengecasan kerana HUAWEI nova 9 memastikan peranti dicas sepenuhnya dalam masa 38 minit sahaja.

Jadi, sekiranya pengguna tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu yang penting dan memerlukan hayat bateri yang mampan, HUAWEI nova 9 adalah penyelesaiannya.

Untuk pengalaman terbaik yang konsisten, HUAWEI nova 9 juga menampilkan sistem penyejukan menggunakan VC Liquid Cooling dan filem penyejukan Graphene yang boleh menghilangkan haba dan menyejukkan telefon pintar dengan cepat.

Prestasi permainan mudah alih yang hebat

Pengguna dapat menikmati permainan tanpa gangguan dengan Touch Turbo Gaming Experience yang dibina dalam HUAWEI nova 9.

Dengan kadar pensampelan sentuhan sehingga 300Hz, pengguna dapat merasai sentuhan yang lancar dan responsif ketika bermain permainan mudah alih dalam keadaan stabil dengan ketepatan yang tinggi.

HUAWEI nova 9 juga dirangkumkan dengan teknologi penyejukan VC Liquid dan filem penyejukan Graphene seterusnya memastikan pengalaman permainan yang lancar tanpa pemanasan lampau pada peranti.

Dengan teknologi pelesapan haba Graphene, HUAWEI nova 9 dapat mengesan haba dan menyejukkan peranti secara automatik apabila haba dikesan.

Semua dalam satu dengan HUAWEI Mobile Services

Sebagai peneraju teknologi global, HUAWEI tampil dengan manfaat HUAWEI Mobile Services (HMS) buat pengguna untuk gaya hidup lebih baik dan bijak.

HUAWEI AppGallery menyediakan pelbagai aplikasi penting untuk kegunaan harian pengguna termasuk komunikasi, permainan mudah alih, perbankan, e-dompet, membeli-belah dan banyak lagi.

Menitikberatkan kepentingan privasi data dan kesalinghubungan, HUAWEI menawarkan akses HUAWEI AppGallery menggunakan hanya satu HUAWEI ID merentas peranti HUAWEI yang berbeza.

Selain itu, ibu bapa juga boleh mengaktifkan fungsi kawalan ibu bapa untuk sekatan akses, menghalang anak daripada melayari kandungan untuk tempoh masa berlebihan.

Jika mempunyai beberapa akaun e-mel, pengguna boleh menguruskan e-mel dengan lebih baik menerusi aplikasi myMail dengan memuat turun di HUAWEI AppGallery.

Pengguna boleh menggunakan Petal Search, enjin carian mudah alih dikuasakan AI untuk carian berita, perkhidmatan berdekatan malah aplikasi yang ingin dimuat turun.

Petal Search bakal memberikan lebih banyak pilihan di luar HUAWEI AppGallery serta hasil carian pihak ketiga yang dipercayai.

#BeAnovaStar Karaoke Battle

Image

Selain itu, terdapat juga pertandingan ‘Be A nova Star Karaoke Battle’ bermula dari 5 sehingga 18 November 2021 di JOOX dan tiga pemenang akan dipilih daripada tiga kategori berbeza.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan, klik pautan ini.

#BeAnovaStar Tiktok Dance Challenge

Image

Rakyat Malaysia juga boleh menyertai HUAWEI nova 9 #BeAnovaStar Tiktok Dance Challenge mulai 7 sehingga 13 Novemeber ini untuk peluang memenangi HUAWEI Band 6.

Hantar penyertaan dengan mengikuti langkah mudah di bawah:

  1. Lakukan #BeAnovaStar TikTok Dance Challenge dengan penapis berjenama
  2. Rakam dan muat naik video tarian anda berserta #BeAnovaStar #HUAWEInova9 pada profil TikTok
  3. Jadikan profil TikTok anda tetapan umum

Pemenang akan diumumkan pada 18 November 2021 berserta ulasan.

Anugerah HUAWEI NEXT-IMAGE 2021

HUAWEI turut mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk merakam detik terbaik dalam hidup menggunakan telefon pintar HUAWEI dan menyertai Anugerah NEXT-IMAGE HUAWEI Community Malaysia.

Pertandingan fotografi ini menampilkan 10 kategori bagi menggalakkan pencipta kandungan peranti HUAWEI untuk menunjukkan kemahiran fotografi dan berkongsi kreativiti mereka.

Sementara itu, sempena pelancaran HUAWEI nova 9, HUAWEI Malaysia menawarkan hadiah istimewa untuk imej terbaik diambil dengan siri nova untuk pengguna telefon pintar siri HUAWEI nova.

Hantarkan karya fotografi dan video anda melalui HUAWEI Community mulai sekarang sehingga 30 November 2021 untuk memenangi hadiah* hebat.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Pra tempah sekarang!

Image

Ayuh pra tempah HUAWEI nova 9 hari ini sehingga 19 November 2021 untuk menyertai pelbagai pertandingan menarik serta peluang memenangi hadiah hebat daripada HUAWEI.

Untuk pra tempah dan maklumat lanjut, layari pautan di bawah:

Kedai Rasmi Dalam Talian HUAWEI

Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee

Kedai Rasmi HUAWEI di Lazada

HUAWEI Experience Store

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat