Awal 2022 Malaysia – Indonesia buka jalan udara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia telah mencapai persetujuan melaksanakan satu koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement (TCA) atau Vaccinated Travel Lane (VTL).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo bersepakat sebagai permulaan, inisiatif koridor perjalanan ini akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Jakarta melalui jalan udara, kemudian boleh ditambah destinasi-destinasi lain yang telah menunjukkan risiko yang rendah.

“Ia akan memberi keutamaan kepada mereka yang telah divaksinasi penuh, bagi kategori pengembara untuk tujuan rasmi, perniagaan, perubatan dan kemanusiaan.

“Koridor perjalanan ini juga akan melibatkan pengiktirafan bersamasijil vaksinasi COVID-19 dan standard keputusan ujian saringan PCR COVID-19,” cadang dua pemimpin negara berjiran itu dalam satu kenyataan media bersama pada Rabu.

Ismail Sabri memberitahu, inisiatif ini tentunya akan memudahkan pergerakan semula rakyat kedua-dua negara.

“Pembukaan semula sempadan secara kaedah yang selamat adalah penting dalam mengimbangi di antara keperluan membuka dan membangunkan semula ekonomi dan menjaga aspek keselamatan dan kawalan kesihatan awam.

” Saya dan Bapak Presiden berharap inisiatif ini dapat dimuktamadkan dan mula dilaksanakan pada awal tahun 2022,” ujarnya sempena lawatan rasmi ke Indonesia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat