Pelancaran Kelas Dim Sum bagi seisi keluarga

- Advertisement -

Sempena sambutan “National Dim Sum Day” pada tahun ini, Restoran Tao Chinese Cuisine telah melancarkan pengembaraan kulinari yang luar biasa untuk seisi keluarga. Kami juga menganjurkan kelas Dim Sum yang boleh disertai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Masakan Cina Tao

Masakan Cina di Restoran Tao telah mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai ‘Best Muslim-Friendly Chinese Restaurant’ di majlis anugerah berprestij Malaysia Tourism Awards 2022.

Peneraju masakan di Restoran Tao ialah Chef Eksekutif, Tommy Chong, bersama dengan Master Dim Sum Chef, Lo Tian Sion. Di Restoran Tao, Chef Tommy, telah mengambil pendekatan yang berbeza dalam mempamerkan kemahiran masakan dan seni kulinari manakala orang kanannya Chef Lo mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam seni kulinari, pakar dalam menghasilkan dim sum.

Chef Lo berkata, hasil ciptaan dim sum nya dicetuskan daripada nostalgia zaman kanak kanaknya dan beliau sentiasa konsisten mempertahankan citarasa asli sambil menyelitkan kreativiti dalam penghasilan dim sum seperti Siew Mai dan roti ayam BBQ.

Pengalaman Membuat Dim Sum bersama Master Chef Dim Sum Lo

(Peserta-peserta terbaru kami bersama Chef Lo yang berdiri di tengah-tengah) Diilhamkan sempena sambutan “National Dim Sum Day” Kelas Dim Sum akan dijadualkan setiap hari Ahad, jam 3 petang yang akan berlangsung selama satu jam setengah dengan harga RM168 seorang (tempahan awal digalakkan).

Bak kata pepatah “lagi ramai lagi meriah” kami juga telah menyediakan pakej bersama keluarga pada harga RM714 untuk 5 orang. Tambahan pula, para peserta juga boleh membawa pulang semua dim sum yang dipelajari.

 

Para peserta akan mempelajari cara-cara membuat 3 hidangan dim sum yang berbeza dengan bimbingan Chef Lo. Pihak hotel mengesahkan semua ramuan yang digunakan adalah “Muslim Friendly”.

Bagi melengkapi pengembaraan ini, diskaun eksklusif 25% akan diberikan kepada setiap peserta untuk “All-You-Can-Eat Yum Cha” makan tengahari bufet atau makan malam bufet di Restoran Tao.

Sebarang tempahan: Sila layari intercontinentalklshop.com untuk menempah kelas atau email [email protected] untuk pertanyaan.

Berhubung dengan InterContinental KL melalui: Facebook & Instagram:
@intercontinental.kualalumpur Laman Web Rasmi: kualalumpur.intercontinental.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat