Hentikan stigma, kesihatan mental milik semua – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar masyarakat menghentikan stigma mengenai isu masalah kesihatan mental.

Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang disambut hari ini, beliau hadir pada sidang hari kedua Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-15 dengan memakai riben hijau sebagai simbolik kepada kesedaran kesihatan mental.

“Kesihatan mental milik semua, hentikan stigma. Riben hijau saya pakai ini merupakan simbol kesihatan mental antarabangsa.

Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Untuk rekod, kerajaan sebelum ini mengumumkan akan menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu kesihatan mental.

Anwar berkata demikian ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12), di Dewan Rakyat sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat