Pahang sasar kutip hasil negeri RM1.137 bilion tahun depan – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

BENTONG: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri meletakkan sasaran terimaan hasil negeri 2024 berjumlah RM1.137 bilion.

Jelasnya, sasaran ini peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tahun ini.

“Saya yakin dengan momentum yang ditunjukkan sepanjang tahun 2023, kerajaan negeri berupaya untuk merekod sasaran yang lebih tinggi bagi tahun 2024.

“Ini terbukti, kita mengadakan retreat pada tahun 2022, dan pada tahun 2023 kita mendapat hasil melebihi RM1 bilion, dan pada tahun ini kita pun dah keluar RM1 bilion dan sekarang ini kita buat persediaan untuk tahun depan.

“Saya sangat yakin bahawa melalui penglibatan daripada semua agensi atau pun ketua jabatan melalui retreat ini akan membuahkan hasil untuk kita mendapatkan hasil daripada kerajaan negeri,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Retreat Matan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2024 di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands, memetik laporan Pahang Media, semalam.

Kata Wan Rosdy lagi, meskipun kerajaan negeri telah mencatat kutipan hasil yang cemerlang pada tahun ini, setiap pihak perlulah fokus dan tidak boleh berada di dalam zon selesa.

“Setiap masa kita kena fikirkan bagaimana untuk kita tingkatkan hasil sebab kos meningkat, kenaikan gaji berlaku dan kos-kos lain, jadi hasil kita pun kena tingkatkan juga, jika kos kita meningkat tetapi hasil kita di takuk lama, ini mungkin menyebabkan kita boleh menjadi defisit dalam belanjawan kita.

“Saya yakin sebab kita ada ruang dan peluang yang boleh kita tingkatkan lagi hasil untuk kerajaan negeri dan kita terus urus perkara ini dengan baik baru hasil kita akan bertambah dari tahun ke tahun,” katanya.

Hadir sama ialah YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Yaacob; YB Penasihat Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin; barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat