Memang ada produksi langgar SOP di Perak

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) mengambil serius dan sudah meneliti kes jangkitan Covid-19 yang berlaku sewaktu penggambaran produksi di Perak baru-baru ini.

Presidennya Kapten (K) Khir Mohd Noor berkata, kejadian itu tercetus tidak lain kerana lalai dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta menyeru penggiat seni tidak abaikannya.

“Persatuan sudah ambil maklum berkenaan beberapa kes berlaku jangkitan Covid-19 kepada pekerja seni yang berada di lapangan. Khususnya, produksi yang menjalankan penggambaran di sekitar negeri Perak seperti Kuala Kangsar, dan daerah Lenggong ketika ini.

“Dukacita dimaklumkan, kejadian ini berlaku disebabkan terdapat produksi yang tidak mematuhi SOP diarahkan. Perkara disarankan seperti pengambilan dua dos vaksin lengkap adalah syarat utama selain ujian calitan di lokasi. Sistem ‘bubble’ di set penggambaran juga perlu dipraktik sepenuhnya. Kami dimaklumkan terdapat produksi yang langsung tidak menggaji Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) untuk memantau SOP secara ‘bebas pengaruh’,” katanya.

Khir juga menyarankan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) agar dapat menekankan lagi mengenai kepentingan pematuhan SOP serta PPP bagi elakkan kes jangkitan lain.

“Profima berharap supaya pihak Finas dapat menjalankan penguatkuasaan yang lebih ketat mengenai SOP dan PPP. Ini supaya industri (seni) tidak melahirkan kluster dari pandemik virus ini.

“Kami juga berharap supaya warga seni juga dapat bertanggungjawab dengan mematuhi SOP ditetapkan dan dipersetujui sepanjang masa bekerja,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan Presiden Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDM) Mohd Dean Lau Abdullah mempersoal bagaimana produksi boleh balik Kuala Lumpur selepas didapati tujuh orang dalam produksi sudah dijangkiti Covid-19.

Dia juga mendakwa terdapat antara mereka yang terbabit sengaja memberi info tidak benar kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila disoal semata-mata untuk melepaskan diri.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat