iPhone 13 bakal menjadi peranti terbaik tahun ini

- Advertisement -

Peranti paling ikonik keluaran Apple iaitu iPhone 13 secara rasminya sudah berada di pasaran sejak Jumaat lalu dan menawarkan pelbagai fungsi baharu.

Apple kali ini melakukan perubahan daripada sudut pembungkusan kotak peranti apabila ia tidak lagi disertakan dengan pembalut plastik sebaliknya menggunakan pelekat di bahagian kotak.

Pandang pertama kepada pembungkusan berkenaan adalah sejajar dengan matlamat Apple iaitu menghasilkan produk mesra alam sekitar serta mengurangkan penggunaan elemen unik bumi.

Kali ini, Apple memperkenalkan empat variasi peranti paling ikonik mereka iaitu daripada versi iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan versi Pro Max.

Walaupun masih menggunakan rekaan sama dengan generasi terdahulu, namun Apple mengambil langkah inovasi terhadap kefungsian serta teknologi terkini termasuk skrin ProMotion 120hz yang digunakan bersama-sama tetapan tiga lensa yang sudah dinaiktaraf.

Fungsi video ‘Cinematic’ sememangnya sesuatu yang sangat memberi keterujaan kepada pengguna malah pengguna boleh mengawal garis masa video berkenaan dan pemilihan objek untuk diberi fokus serta kabur juga boleh dipilih dengan mudah.

Apple juga memperkenalkan beberapa warna terutamanya untuk versi Pro dan Pro Max iaitu Sierra Blue yang pastinya menjadi pilihan utama pengguna.

Kefungsian kamera juga sudah dipertingkatkan termasuk keupayaan lensa makro secara automatik tatkala pengguna mendekatkan peranti dengan sesuatu objek.

Lensa secara automatik akan berubah untuk merakam imej jarak dekat sekali gus memperlihatkan kualiti gambar secara terperinci.

Peranti versi baharu ini juga menampilkan rekaan takuk lebih kecil di bahagian atas.

Pastinya, variasi iPhone 13 akan menjadi peranti terbaik tahun ini dengan penampilan beberapa kefungsian baharu terutamanya teknologi kamera yang dimiliki.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat