Chris Evans, Selena Gomez bercinta?

- Advertisement -

Los Angeles: Semakin hangat diperbualkan, peminat membuat spekulasi pelakon Chris Evans, 40, dan penyanyi Selena Gomez, 29, kini bercinta.

Ia tercetus susulan bintang Avengers itu mengikuti akaun Instagram Gomez baru-baru ini. Bagaimanapun penyanyi Same Old Love terbabit tidak mengikuti Evans.

Beberapa akaun peminat penyanyi itu turut  memuat naik gambar mereka yang mendakwa dilihat berada di beberapa lokasi sama.

Menurut sebuah akaun, Evans dan Gomez ada dilihat meninggalkan sebuah restoran. Kemudian, disusuli dengan pelakon itu mengikuti akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, gambar berkenaan sebenarnya diambil pada tarikh dan lokasi berbeza. Gambar Gomez diambil pada November 2017 sewaktu meninggalkan studio Los Angeles Pilates, manakala Evans pada 2013 di lokasi lain.

Terdahulu, penyanyi itu pernah mendedahkan bahawa Evans adalah lelaki idamannya. Hal itu dikongsi pada 2015 sewaktu menjawab soalan peminat dalam rancangan Watch What Happens Live With Andy Cohen.

Gomez sebelum ini pernah menjalin cinta selama tujuh tahun pada 2011 hingga 2018 bersama penyanyi Justin Bieber. Dia juga bercinta selama 10 bulan dengan penyanyi The Weeknd namun putus pada 2017.

Evans pula bercinta dengan pelakon Jessica Biel selama lima tahun dan putus pada 2006. Selain Biel, dia pernah menjalin hubungan dengan Minka Kelly, dan Jenny Slate.

Pada tahun lalu, pelakon Captain America itu turut dikhabarkan menjalin hubungan dengan Lily James. Tiada pengesahan dibuat kedua pihak mengenai dakwaan itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat