“Dasar Bengap!” Akmal Tempelak DAPSY Isu Ajar Cara Pasang Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Akmal Saleh mempertahankan tindakannya mengajak orang ramai “mengunjungi” sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang, susulan isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan ringkas, Dr Akmal mempersoalkan mengapa usahanya mengajar pemilik premis berkenaan cara memasang bendera Malaysia yang betul dipertikai oleh pihak tertentu.

“Apa salahnya nak jumpa dan nak ajar apek tu cara pasang bendera yang betul?? Dulu korang berhimpun sampai terbalik kereta boleh pula?? Ke puak kau jer boleh, orang lain xboleh?? Dasar bengap!” katanya.

Kenyataan itu dipercayai sebagai respon kepada kritikan Pemuda DAP (DAPSY) yang menyifatkan langkah beliau sebagai tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan berunsur intimidasi.

Terdahulu, Dr Akmal menerusi hantaran di Facebook mengajak rakan-rakan dari seluruh negara hadir bersama dalam kunjungan tersebut, dengan tujuan mengajar cara yang betul memasang Jalur Gemilang.

BACA JUGA :

Jalur Gemilang Terbalik: Pemilik Kedai Perkakasan Disiasat, Akui Kesilapan

Kes Bendera Terbalik: Akmal Mahu Cari dan Ajar Pemilik Kedai Cara Betul Kibar Jalur Gemilang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat