Kes Bendera Terbalik: Akmal Mahu Cari dan Ajar Pemilik Kedai Cara Betul Kibar Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh, mengecam tindakan seorang pemilik kedai perkakasan di Pulau Pinang yang didakwa mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial, Dr. Akmal menyifatkan tindakan itu sebagai tidak menghormati negara dan rakyat Malaysia. Beliau mendakwa tindakan tersebut dilakukan dengan sengaja, malah individu berkenaan turut mengambil gambar dan memuat naiknya seolah-olah mahu menghina rakyat Malaysia.

“Memang betul kena dia. Ada gambar dan video yang telah tersebar. Dia kononnya buat laporan kata tak bersalah, tapi kita semua dah nampak,” katanya.

Dr. Akmal turut mengajak rakan-rakan untuk hadir ke kedai tersebut pada Isnin ini bagi ‘mengajar’ pemilik kedai cara yang betul memasang Jalur Gemilang.

Kejadian ini susulan laporan polis yang dibuat terhadap pemilik kedai berkenaan, yang sebelum ini mengakui kesilapan dan menjelaskan ia berlaku tanpa niat menghina.

Polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Bendera Kebangsaan 1963.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat