Bedah Siasat Zara Qairina: Orang Awam, Media Berhimpun di HQE I

KOTA KINABALU — Lebih 50 individu termasuk wakil media dilihat berada di pekarangan Hospital Queen Elizabeth (HQE) I sejak awal pagi bagi mengikuti perkembangan bedah siasat ke atas jenazah Zara Qairina Mahathir, 13, lapor Bernama.

Proses bedah siasat dijangka dijalankan pagi ini selepas jenazah remaja berkenaan dibawa ke hospital tersebut sekitar 10.30 malam semalam.

Menurut laporan itu, selesai prosedur bedah siasat, jenazah akan diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, yang terletak kira-kira 130 kilometer dari Kota Kinabalu.

Cuaca cerah pagi ini berbeza dengan hujan lebat semalam ketika proses penggalian semula jenazah di Sipitang yang selesai sekitar 7.15 malam, sebelum dibawa ke HQE I dengan perjalanan mengambil masa kira-kira tiga jam.

Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini memaklumkan, mayat Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan polis menjalankan bedah siasat untuk melengkapkan siasatan menyeluruh.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di HQE I pada 17 Julai lalu, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat