Bendera Terbalik: Lelaki 59 Tahun Ditahan, Polis Terima 16 Laporan

KEPALA BATAS – Seorang lelaki tempatan berumur 59 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan susulan tularnya satu rakaman video memaparkan Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik di sebuah kedai perkakasan di sini, yang menimbulkan kemarahan warganet.

Menurut Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, sebanyak 16 laporan polis diterima di seluruh negara berkaitan kejadian tersebut.

“Tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun telah dilakukan malam tadi untuk tindakan lanjut.

Kertas siasatan kes ini juga akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, esok dengan cadangan pertuduhan.

Polis memandang serius perbuatan ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati bersalah. Orang ramai diingatkan agar menghormati Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan negara,” katanya.

Beliau memaklumkan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Video berdurasi 21 saat itu memaparkan seorang lelaki mengibarkan bendera secara terbalik sambil dirakam oleh individu lain. Perbuatan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dan desakan supaya tindakan tegas diambil.

Pemilik kedai berkenaan kemudiannya tampil memohon maaf selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.

BACA JUGA :
Isu Bendera Terbalik: Akmal Cadang Pemimpin DAP Diberi Kad OKU

“Dasar Bengap!” Akmal Tempelak DAPSY Isu Ajar Cara Pasang Jalur Gemilang

Kes Bendera Terbalik: Akmal Mahu Cari dan Ajar Pemilik Kedai Cara Betul Kibar Jalur Gemilang

Jalur Gemilang Terbalik: Pemilik Kedai Perkakasan Disiasat, Akui Kesilapan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat