Status Bankrap: Lantikan Gobi Krishnan Di WPKL Dibatalkan – Shahidan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S Gobi Krishnan sebagai Ahli Lembaga Pelesenan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), berkuat kuasa 4 Ogos lalu.

Shahidan berkata, kementerian membuat carian kebankrapan individu menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia pada 3 Ogos lalu dan keputusan diterima mengesahkan S Gobi Krishnan berstatus bankrap mulai 7 Januari 2021.

“Berdasarkan semakan undang-undang yang dibuat oleh kementerian ini, didapati walaupun berstatus bankrap, pelantikan beliau bagi tempoh 20 Julai 2021 hingga 3 Ogos 2022 adalah teratur serta tidak melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan.

“Akta Eksais 1976 (Akta 176) tidak memperuntukkan bahawa seseorang yang bankrap tidak boleh dilantik menjadi Ahli Lembaga Pelesenan. Akta itu juga tidak memperuntukkan bahawa jawatan itu secara automatiknya menjadi kosong jika Ahli Lembaga Pelesenan berstatus bankrap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahidan berkata, S Gobi Krishnan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pelesenan WPKL berkuat kuasa mulai 20 Julai 2021 hingga 19 Julai 2023 berdasarkan perwakilan kuasa yang dibuat di bawah Seksyen 86 Akta 176 yang sudah pun diwartakan melalui P.U. (B) 359/2014 pada 24 Julai 2014.

“Dalam hal ini, Menteri Kewangan mewakilkan kuasanya di bawah seksyen 31 Akta 176 kepada Menteri Wilayah Persekutuan untuk menubuhkan Lembaga Pelesenan dan melantik ahli Lembaga Pelesenan bagi Wilayah Persekutuan,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat