DAP Gesa Adun Rahang Timbang Semula Keputusan Keluar Parti

- Advertisement -

SEREMBAN – DAP meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine Prittam Singh mempertimbangkan semula keputusannya keluar daripada parti itu.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Mary Josephine tidak sepatutnya meninggalkan DAP hanya disebabkan tidak berpuas hati dengan jawatankuasa negeri berhubung pemilihan dan pelantikan Ketua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru Rasah.

“Parti tidak bersalah. Jawatankuasa negeri mungkin buat keputusan yang tidak puaskan hatinya, tapi itu adalah keputusan majoriti dan perlu dihormati.

“Saya harap beliau dapat terus bersama DAP kerana apabila beliau letak jawatan atau keluar daripada parti, maka parti telah hilang satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Seremban di sini hari ini.

Anthony yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, beliau secara peribadi sedih dengan keputusan ADUN itu dan telah pun menghantar surat menasihatkannya supaya menarik balik keputusan yang telah dibuat.

“Beliau merupakan ahli veteran dalam DAP dan sudah jadi ahli parti sebelum saya lahir lagi. Beliau juga banyak membantu saya ketika saya mula berkhidmat sebagai wakil rakyat pada tahun 2004.

“Saya telah pun menghantar surat kepada beliau sebentar tadi untuk pertimbangkan semula keputusan itu dalam masa beberapa hari ini. Ambil masa untuk bertenang dan fikir semula,” katanya.

Anthony berkata, sesiapa saja yang dipilih sebagai calon wakil rakyat DAP mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat sehingga akhir penggal.

Bagaimanapun katanya, beliau yakin Mary Josephine tidak akan sesekali lompat kepada parti lawan meskipun ADUN itu sebelum ini pernah mendakwa ada ADUN Barisan Nasional (BN) yang memujuknya meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan menyertai BN.

“Saya yakin beliau tidak akan belot dengan mandat rakyat. Sebagai Pengerusi DAP negeri, saya yakin dengan kredibiliti Mary Josephine,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat