Mahkamah Tolak Permohonan Kes Saman Misfeasans Mahathir Terhadap Najib

Parti Baru Belum Ada Nama, Takkan Kerjasama Dengan Warisan, PH atau PN – Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu/PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menubuhkan parti baharu, tetapi menegaskan tidak akan...

7,175 Warga Malaysia Pulang Dari Luar Negara Di Kuarantin Di Hotel dan ILA

KUALA LUMPUR - Seramai 7,175 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lepas sehingga kelmarin dan ditempatkan...

Parti Baru Ini Berprinsip dan Pegang Janji – Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu hari ini. Dr Mahathir berkata, parti baru ini akan mendokong dasar Parti Pribumi Bersatu...

Penganjur Korban Luar Negara Emosi, Kasar Ketika Dihubungi

Cyberjaya - Penganjur program korban luar negara di benua Afrika dilihat enggan memberikan kerjasama bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan sebelum ini. Ketika dihubungi, salah seorang...

25 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini Termasuk 12 Kes Kluster Sivagangga – KKM

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 25 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat. Ketua Pengarah...

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk menyemak semula keputusan mahkamah sebelum ini berhubung kes saman misfeasans mereka terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir dan Khairuddin memohon semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang menolak permohonan kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang membatalkan saman mereka.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dalam keputusan sebulat suara hari ini berkata, kes itu bukan kes luar biasa untuk mahkamah melaksanakan kuasanya membuat semakan semula.

“Pada pandangan kami, permohonan semasa tidak memenuhi kriteria menurut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995,” katanya.

Hakim Azahar juga berkata tidak wujud isu bias.

“Kami juga tidak nampak salah laksana keadilan,” kata Hakim Azahar yang bersidang bersama-sama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Mahkamah memerintahkan pemohon membayar kos berjumlah RM30,000.

Dr Mahathir dan Khairuddin memfailkan saman misfeasans terhadap Najib pada 23 Mac 2016 dengan mendakwa bekas perdana menteri (Najib) itu telah menyalahgunakan pejabat awam kerajaan dan menyeleweng dalam tugas berhubung pengurusan dana syarikat pelaburan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 28 April 2017, Mahakamah Tinggi membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu dengan memutuskan bahawa perdana menteri bukan penjawat awam tetapi adalah anggota pentadbiran.

Pada 30 Ogos 2017, Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Dr Mahathir dan Khairuddin.

Dr Mahathir dan Khairuddin tidak dapat meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan dalam usaha mengembalikan semula saman mereka apabila panel tiga hakim yang bersidang di Mahkamah Rayuan pada 27 Feb 2018, diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif, menolak permohonan kebenaran merayu yang dikemukakan mereka.

Pada prosiding hari ini, peguam Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Dr Mahathir dan Khairuddin, mengemukakan hujah bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang menolak permohonan kebenaran merayu serta permohonan menggugurkan Raus sebagai tidak berasas.

Beliau berhujah bahawa Raus seharusnya menarik diri daripada pendengaran permohonan kebenaran merayu disebabkan Dr Mahathir pernah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar kesahan pelantikan Raus selepas beliau mencapai usia mandatori persaraan hakim pada 66 tahun.

Katanya, Raus bagaimanapun tidak menarik diri dan mahkamah meneruskan pendengaran kes tersebut.

Peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun berkata, isu itu merupakan akademik kerana Mahkamah Persekutuan sudah membuat keputusan berhubung isu serupa dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee terhadap Najib.

Mohd Hafarizam berkata, semakan semula hanya untuk keadaan luar biasa dan terhad, dan kes pemohon tidak menepati keadaan tersebut.

Katanya keputusan yang dibuat oleh panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini untuk tidak menggugurkan Raus daripada pendengaran permohonan kebenaran merayu adalah tidak bias dan merupakan budi bicara mahkamah.

Peguam kanan persekutuan S. Nakunavathy menjadi peguam pemerhati bagi pihak kerajaan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Parti Baru Belum Ada Nama, Takkan Kerjasama Dengan Warisan, PH atau PN – Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu/PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menubuhkan parti baharu, tetapi menegaskan tidak akan...

7,175 Warga Malaysia Pulang Dari Luar Negara Di Kuarantin Di Hotel dan ILA

KUALA LUMPUR - Seramai 7,175 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lepas sehingga kelmarin dan ditempatkan...

Parti Baru Ini Berprinsip dan Pegang Janji – Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu hari ini. Dr Mahathir berkata, parti baru ini akan mendokong dasar Parti Pribumi Bersatu...