“Jika petrol juga senasib diesel, malapetaka besar akan menimpa rakyat” -Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu menggesa agar kerajaan mengkaji semula mekanisme terhadap sistem kawalan diesel subsidi kerana ianya semakin membebankan rakyat akibat kos sara hidup yang akan meningkat.

Ini jelas menunjukkan ketidakcekapan kerajaan dengan memperkenalkan sistem Padu dan sekarang pula Budi Madani yang jelas tidak efisien, kata Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Kerajaan harus lebih prihatin dalam memberikan bantuan kepada rakyat yang rata-ratanya melihat ianya tidak mencukupi dan tidak berpatutan.

“Jangan mangsakan rakyat hanya kerana pelaksanaan dasar Madani yang separuh masak dan tempang!tegas beliau.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, Armada Bersatu mengikut rapat pengumuman dasar oleh kerajaan yang menaikkan harga diesel bermula 10 Jun 2024.

Malah kata Wan Ahmad Fayhsal, rata-rata rakyat sudah mula mencongak nasib mereka jika harga petrol juga sama dinaikkan.

“Jika diunjurkan apa yang kerajaan buat dalam dasar diesel kepada dasar petrol akan datang, kita akan hadapi masa depan yang perit.

“Kerajaan memperkenalkan sistem kawalan diesel subsidi yang membolehkan kenderaan tertentu membeli minyak pada harga murah tetapi sebahagian besar kenderaan lain terpaksa membeli pada harga mahal.

“Kerajaan mengambil jalan penyelesaian separuh masak dengan bantuan Budi Madani iaitu pemberian tunai RM200 kepada pengguna diesel yang layak.

“Reaksi daripada pengguna kenderaan diesel rata-rata yakin jumlah itu tidak mencukupi,” katanya.

Menurut beliau lagi, kerajaan mungkin menganggap sesetengah industri logistik sebagai ibu kepada segala kos.

“Kononnya, apabila sesetengah kenderaan mendapat minyak murah, maka harga semua barang tidak naik.

“Tetapi dalam dunia sebenar, semua industri umumnya ada pengangkutan barang sendiri. Dasar subsidi untuk kenderaan terpilih menjejaskan tabiat operasi semua industri. Kerajaan seolah-olah memaksa para peniaga mengubah sistem mereka secara tiba-tiba,” katanya.

Justeru kata beliau, Armada Bersatu yakin jika dasar sebegini dibuat dalam harga petrol, malapetaka besar akan menimpa rakyat.

“Petrol bukan sahaja untuk peniaga malah untuk seluruh rakyat Malaysia. Tidak hairan jika rakyat kelak terpaksa mengubah tabiat berbelanja secara tiba-tiba.

“Sebelum ini, Perdana Menteri seolah-olah mahu berperang dengan golongan maha kaya. Menteri Ekonomi pula ada formula untuk golongan bawahan. Kita tidak lihat “falsafah” atau “mekanisme” tersebut dalam dasar diesel.

“Barangkali Perdana Menteri berfikiran pemilik syarikat logistik bukan maha kaya.

“Jika golongan maha kaya pemilik firma logistik mengalami kenaikan kos minyak, hanya keuntungan mereka yang akan berkurangan yang tidak membawa mereka kepada gulung tikar.

“Sudah pasti menjadi kesalahan kepada syarikat logistik jika mereka memindahkan kenaikan kos kepada kilang walhal disebabkan oleh kurang efisien dalam operasi mereka,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat