Harga kereta dah turun belum? Najib tanya Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulangkan ‘paku buah keras’ kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli terkait kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20.

Kata Najib di Facebooknya, dulu Rafizi pernah membidas Najib tak turunkan harga kereta sebelum naikkan harga diesel 3 sen selepas subsidi dihapuskan.

“Kini harga diesel naik RM1.20 sen (40 kali ganda berbanding kenaikan masa Najib hapuskan subsidi diesel).

Jadi, harga kereta dah turun belum? MyVi baru RM25,000, Honda Civic RM63,000 boleh tempah kat showroom mana di Pandan? tempelak Najib.

Pada 13 September 2013, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi pernah menulis di blognya bahawa beliau akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional (BN) mahu harga minyak mengikut pasaran dunia.

Katanya, BN sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak. Sebaliknya BN tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.

“Sebenarnya, sebuah isi rumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70 peratus dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding
jumlah subsidi minyak yang diperolehi.

“Secara purata sebuah isi rumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isirumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan.

“Bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isi rumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan,” catat Rafizi.

Dalam hantaran berikutnya, Najib juga menyindir Rafizi dengan mempersoalkan adakah tindakan Kerajaan Madani hari ini sedang menghukum rakyat atas kegagalan mereka sendiri?

Bahkan Najib menempelak Rafizi yang menyatakan kenaikan RM1.20 harga diesel sebagai formula terbaik pernah ada.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat