Walaupun “Baru” 80 tahun, PM Lesotho Tahu Nak Letak Jawatan

- Advertisement -

LESOTHO: : Perdana Menteri Lesotho yang sudah menjangkau usia 80 tahun, Thomas Motsoahae Thabane, berasakan dirinya sudah ‘tidak bertenaga’ lagi, dan memilih untuk meletak jawatan secara sukarela, menurut kenyataan pejabatnya.

Agensi CNN melaporkan, Thabane, yang penggalnya sepatutnya tamat pada 2022, membuat kenyataan bahawa persaraan beliau adalah kerana faktor usia.

Namun, beberapa agensi media melaporkan ahli politik itu berada di bawah tekanan yang hebat, ekoran dakwaan beliau terlibat dalam kes pembunuhan bekas isterinya, Libolilo Thabane, pada 2017.

“Tugas sebagai Perdana Menteri memerlukan kekuatan deria dan fizikal. Namun, kerana faktor usia, saya berasakan tidak lagi bertenaga seperti dahulu. Oleh itu, saya dengan sukarela akan meninggalkan pejabat, dan menyerahkan tugas pentadbiran seperti mana termaktub di bawah undang-undang Lesotho,” kata Thabane lagi.

Lipolelo, mati ditembak sejurus sebelum Thabane dilantik menjadi Perdana Menteri. Pasangan itu sudah berpisah, dan dalam proses penceraian sebelum kematiannya.

Isteri Thabane, Maesaiah Thabane telah didakwa atas pembunuhan itu namun telah diberikan ikat jamin. Polis Lesotho telah cuba untuk mendakwa Thabane atas kesalahan yang sama, namun peguam Perdana Menteri bertegas bahawa Thabane perlu diberikan imuniti dari sebarang pendakwaan.

Kedua-dua Thabane dan Maesaiah tidak membuat sebarang kenyataan awam sejak dakwaan itu timbul.

Dalam kenyataan mengenai persaraannya, Thabane memohon agar perpaduan dapat dicapai dalam kalangan rakyat Lesotho, sambil bertegas keputusannya itu tidak patut digunakan untuk modal politik.

“Untuk rakan seperjuangan saya dalam arena politik, ini bukan masanya untuk memecahbelahkan negara ini. Ini masa untuk kita bersatu dan membina institusi, dan memandu negara kita ke arah keamanan dan kemakmuran,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat