6 bulan selepas perang pun impak masih rasa, kerajaan mesti bantu B40 dan PKS -Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Impak peperangan Amerika Syarikat (AS) dan Iran ini dijangka akan berlarutan dan menekan ekonomi sehingga 6 bulan selepas konflik tamat.

Justeru, Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mencadangkan supaya kerajaan membantu rakyat B40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Yalah untuk rakyat biasa dengan syarikat-syarikat PKS utamanya ini jangan underestimate.

“Peperangan ini walaupun mungkin Insya-Allah dapat berakhir dalam masa terdekat tapi impaknya, kesannya akan dirasa lebih dalam lama ada yang mengatakan 6 bulan lepas habis peperangan pun, end of the war pun the impact is still there.

“Selat Hormuz itu, nak bina balik kilang dan sebagainya. Jadi kita kenalah buat penjimatan dari segi kos dan sebagainya. We need to start saving.

“That’s why kena ada buffer. Tapi saya faham, buffer itu susah untuk PKS kerana dia pun marginnya rendah dan juga untuk rakyat, untuk B40 itu memang susah. Sebab saving pun susah.

“Jadi oleh itu, kita kena be agile, be ready. But kalau apa-apa yang boleh dibuat, cuba bersedia untuk memastikan yang ada idea-idea yang dapat membantu.

“(Misalnya) bank. Saya bukan nak cadangkan moratorium.

“Tapi iyalah. Itulah. Dia kena buat cadangan-cadangan yang dapat membantu PKS lah. Cadangan-cadangan yang Insya-Allah kalau boleh, patut diterima lah oleh pihak-pihak berkenaan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat