Pesalah seksual kanak-kanak warga Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh

KUALA LUMPUR – Seorang tahanan reman berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak diburu selepas meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, seorang warga Pakistan.

Katanya, suspek berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 377C dan 392 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

“Suspek juga berhadapan dua pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) AKSTKK 2017 serta satu pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63.

“Suspek kali terakhir dilihat memakai baju T berwarna oren dan seluar panjang hitam,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hafiz berkata, pihak polis mempergiat usaha mengesan suspek di sekitar kawasan berhampiran dan melalui pelbagai tindakan lain, sejurus menerima laporan perkara itu, semalam.

“Tahanan ini mempunyai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, oleh orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhendran di talian 010-4304383 atau Inspektor Azamuddin di talian 016-5661597, atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.

Katanya, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan operasi serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat