Kepengerusian ASEAN 2025 : KSN siap siaga elemen perubahan luar jangka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berbaki 23 hari lagi menjelang Kepengerusian ASEAN 2025,  Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengadakan pertemuan dengan hampir 60 agensi kerajaan dan termasuk rakan-rakan strategik daripada kalangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan, banyak perkara diputuskan pada mesyuarat pagi tadi melibatkan pengisian, takwim dan topik perbincangan, elemen gimik persembahan sehinggalah kepada penglibatan media dan publisiti serta cadangan cenderamata kepada delegasi ASEAN nanti.

“Saya tekankan, dalam apa jua persiapan dan penyelarasan logistik, urus setia perlu sentiasa bersedia dengan perubahan.

“Elemen “last minute” dan “expect the unexpected” perlu bijak diuruskan tanpa mengabaikan peraturan, pengurusan kewangan dan perolehan yang teratur dan tidak berkompromi soal keselamatan,” ujar beliau dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN 2025, Malaysia akan memberi keutamaan dalam perkara seperti melonjakkan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan ekonomi lain.

Beliau berkata sepanjang tempoh berkenaan, Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.

Sementara itu, Anwar turut menegaskan semula pendirian Malaysia yang menyokong sistem perdagangan pelbagai hala yang adil dan saksama terutama bagi negara-negara sedang membangun.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat