KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui tidak sabar untuk membersihkan namanya di Mahkamah Rayuan pada 19 hingga 20 Mac 2025 akan datang.
Beliau malah yakin namanya akan dibersihkan melalui proses undang-undang.
“Selepas setahun lebih menunggu dengan cemas untuk memulakan proses rayuan saya, Alhamdullilah ada pengakhirannya hari ini.
“Tarikh rayuan telah ditetapkan pada 19-20 Mac. Saya tidak sabar-sabar untuk membersihkan nama saya melalui mahkamah undang-undang.
“Tidak ada sesiapa, walaupun yang paling berkuasa harus berada di atas undang-undang. Saya tidak berbeza.
“Sejak hari pertama, saya sentiasa menegaskan bahawa keadilan bagi saya hanya boleh datang melalui badan kehakiman, bukan melalui politik “mencium tangan”. Panggil saya naif, tetapi itulah Malaysia yang saya benar-benar percaya dan akan mati berjuang untuk diperjuangkan,” tegas beliau.
Syed Saddiq akan memulakan proses rayuan selepas menerima penghakiman bertulis daripada Mahkamah Tinggi bagi empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menyifatkan tindakan Syed Saddiq menyimpan dan membahagikan wang Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tanpa disimpan di tempat yang selamat di pejabat parti, menimbulkan satu inferens niat jahat.
Atas dasar itu, Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan atas empat kes tersebut.