Tiada diskaun saman JPJ sempena program setahun kerajaan Madani

- Advertisement -

BUKIT JALIL — Sekretariat Program Setahun Bersama Kerajaan Madani hari ini memaklumkan bahawa tiada diskaun ditawarkan bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang program berlangsung hingga Ahad ini.

Manakala, bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menawarkan diskaun saman 50 peratus kecuali saman kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau dibicara dan kesalahan yang tidak boleh dikompaun.

Sehubungan dengan itu, semua pihak diminta tidak menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung pemberian diskaun saman.

“Perkhidmatan JPJ yang ditawarkan ialah pembaharuan lesen memandu Malaysia (CDL & PDL), pembaharuan lesen memandu vokasional (PSV & L), pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) persendirian/ perdagangan, pengambilan dokumen CDL & LKM (diperbaharui secara dalam talian melalui portal mySIKAP JPJ) dan pembayaran saman (kecuali kes senarai hitam).

“Pembayaran saman hanya boleh dilaksanakan dari 8 hingga 10 Disember 2023 di tapak program dengan perincian syarat diskaun boleh diperolehi di laman media sosial rasmi PDRM,” jelas sekreteriat program dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran saman dinasihatkan untuk membuat semakan awal melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM bagi tujuan melancarkan proses pembayaran saman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat