Jenama secukup rasa by Nora, Nora Ariffin muncul dengan pes makanan resepi keluarga turun temurun

- Advertisement -

SHAH ALAM, 7 Disember 2023: Demi mengukuhkan lagi penjenamaan SECUKUP RASA BY NORA dan menambahkan lagi rangkaian produk makanan di bawah jenama ini, penyanyi yang bergelar usahawan, DATUK NORA ARIFFIN telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan pes masakan menggunakan resepi turun-temurun keluarganya.

Pes masakan SECUKUP RASA BY NORA keluaran syarikat SECUKUP RASA EMPIRE yang menggunakan tagline ‘Rasa Sekali Rasa Nak Lagi’ itu menawarkan dua jenis resepi masakan iaitu Pes Kerutuk dan Pes Serbaguna yang cukup mudah sekali digunakan oleh golongan berkeluarga mahu pun bujang.

Menggunakan rempah ratus dan bahan-bahan yang segar, proses penghasilkan pes masakan  ini dilakukan dengan penuh hati-hati agar kualitinya terjaga dan rasanya juga memuaskan hati pelanggan yang membeli.

Bahkan, Nora sendiri turut terlibat di dalam proses penghasilkan pes masakan ini dari awal hingga akhir termasuk merancang rekaan logo, ‘look and feel’ serta strategi promosi dan pemasarannya.

“Idea menghasilkan pes masakan ini muncul sebelum saya menyambut hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-50 pada Julai lalu.

“Saya terfikir sampai bila saya nak menyanyi? Saya juga beritahu pada diri sendiri, pada usia 50 tahun, saya perlu berbuat sesuatu.

“Kebetulan Allah SWT sudah aturkan saya pulang ke Kelantan dan bertemu dengan sepupu saya. Kedua-dua belah keluarga saya memang mempunyai latar-belakang dalam bidang katering secara besar-besaran.

“Selepas berbincang, mereka juga mahu meluaskan lagi bisnes mereka dan akhirnya kita bekerjasama mengeluarkan produk pes masakan di bawah jenama SECUKUP RASA BY NORA melalui sebuah lagi syarikat yang saya usahakan iaitu SECUKUP RASA EMPIRE,” katanya.

Mempunyai visi untuk memasarkan jenama produknya ke luar negara dengan membawa nama Malaysia sebagai makanan keluaran syarikat bumiputera, Nora berkata, hal itu hanya akan dicapai setelah dia memiliki modal yang besar serta mendapat bantuan daripada agensi kerajaan tertentu.

“Untuk peringkat yang pertama ini, kita hanya tumpukan dahulu pada pasaran Malaysia melalui jualan secara online di platform e-dagang, Shopee. Pembelian secara terus (direct) juga diterima.

“Penjualan melalui ejen kita belum bukakan lagi kerana mahu memastikan sistem jualan kita secara online dapat diselaraskan dengan baik.  Saya juga mahu cuba sedaya upaya untuk memasarkan jenama produk saya ini ke Singapura dan Brunei. Yang itu nanti, kita memang perlukan ejen,” katanya.

Jenama SECUKUP RASA BY NORA sebetulnya telah dicetuskan Allahyarham Johan Nawawi iaitu suami pertamanya pada tahun 2000 yang menyimpan impian untuk melihat Nora membuka kafe bernama Secukup Rasa suatu hari nanti kerana memahami minat Nora memasak.

Pada tahun 2001, Nora muncul dengan buku masakannya, SECUKUP RASA BY NORA dengan tagline ‘Pikat Untuk Yang Tersayang’ yang disasarkan kepada golongan yang baru belajar memasak.

DI bawah jenama yang sama, Nora juga mengeluarkan kek dan cookies raya pada musim bulan puasa. Sewaktu musim PKP, Nora mencetuskan idea untuk membuat penghantaran Nasi Kerabu, dan Nasi Dulang serta Rendang Tok untuk raya dan sambutan yang diterima sungguh luar biasa.

“Waktu itulah saya menyedari betapa kuatnya jenama SECUKUP RASA BY NORA itu. Jenama itu memang  saya pegang kerana ia berdaftar dengan MyIPO.

“Sebab arwah Johan pernah ajar, kalau saya nak buat bisnes, kena ada Harta Intelek atau Intectual Property (IP), jenama yang bagus, kena buat proposal dan kena ada Return of Investment (ROI). Itulah kata-katanya yang saya pegang sampai sekarang” katanya.

Ketiadaan arwah Johan Nawawi yang pergi menyahut seruan Ilahi pada 24 Mac 2017 juga membuatkan Nora berdepan dengan cabaran dan kepayahan untuk mengendalikan dua syarikat yang ditinggalkannya iaitu Johan Nawawi Sdn Bhd (produki) serta Hud Hud Media Sdn Bhd (animasi).

“Cabarannya adalah untuk menyambung bisnes, visi dan legasinya tetapi saya tetap mengambil cabaran itu dan memikirkan jika dia ada  mungkin inilah yang dia mahukan apabila saya melebarkan jenama SECUKUP RASA BY NORA.

“Saya buat untuk diri saya, keluarga dan anak-anak  dengan bantuan suami saya, Ustaz Dr Rushdi Ramli sebagai tulang belakang.

“Walaupun latar belakangnya dalam bidang akademik, tetapi dia menyokong usaha saya ini sebab dia tahu sejarah bisnes yang saya usahakan dengan arwah Johan dan dia juga nampak potensinya,” katanya.

“Saya percaya pada rezeki, masa yang tepat dan tuah yang mengiringi kita. Saya harap saya akan mendapat sokongan semua pihak. Saya percaya bila mana ada rezeki saya, akan ada rezeki untuk orang lain,” katanya.

Orang ramai boleh dapatkan Pes Kerutuk dan Pes Serbaguna Secukup Rasa By Nora di platform e-dagang, Shopee melalui pautan: shopee.com.my/noraariffin.os bermula esok (8 Disember 2023) .

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat