Program Setahun Bersama Kerajaan Madani peringkat negeri bermula Januari tahun depan – PM

- Advertisement -

BUKIT JALIL — Program Setahun Bersama Kerajaan Madani akan diteruskan dan diadakan di peringkat negeri bermula di negeri Selangor pada Januari 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program ini perlu bagi memberi ruang kepada rakyat mendapat maklumat laporan pencapaian serta memberi pandangan dan cadangan kepada kerajaan.

“Satu tahun kita mentadbir dan kita lapor terus kepada rakyat dan rakyat datang puluhan ribu setiap hari membuat penilaian mereka sendiri berdasarkan fakta dan angka. Juga memberi ruang kepada mereka untuk memberi pandangan dan cadangan kepada kita.

“Oleh kerana kejayaan yang saya saksikan tiga hari ini, maka kita akan turun kan kemudahan yang sudah disiapkan, meneruskan ke negeri negeri,” katanya di Majlis Perasmian Penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani, di perkarangan Stadium Bukit Jalil hari ini.

Anwar berkata, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah menyatakan persetujuan untuk melaksanakan program berkenaan dalam usaha menyampaikan maklumat berkaitan pentadbiran kerajaan secara lebih menyeluruh kepada rakyat.

“Pada bulan Januari Menteri Besar Selangor bersetuju supaya kita mulakan laporan ini di negeri Selangor.

Berikutnya pula ke negeri negeri lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat