“Saya PM Malaysia Tapi Bera Tetap Jadi Keutamaan” – Ismail Sabri

- Advertisement -

GUAI – Meskipun menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia namun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kebajikan rakyat di Bera menjadi keutamaan beliau.

“Walaupun saya jaga seluruh Malaysia, orang Bera jadi keutamaan saya.

“Oleh itu saya nak minta secara rasmi hari ini supaya orang Bera undi saya pada 19 November ini,” katanya ketika berucap di program Moh Ngeteh bersama masyarakat Orang Asli Bukit Rok, semalam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memberitahu beliau mengenepikan protokol rasmi sebagai Perdana Menteri apabila betemu rakyat.

“Saya pergi mana-mana ramai nak selfie, saya layan. Kalau orang lain jadi Perdana Menteri tentu tak boleh dekat.

“Saya ni, cium pipi pun boleh. Sebabnya saya dah bersama orang Bera sejak jadi Ketua Pemuda pada 2001 lagi, saya dah bersama malah dah hafal semua kampung.

“Beri kepercayaan sekali lagi kepada saya, walaupun orang cakap macam-macam berkenaan saluran undi di sini, tapi peti undi Bukit Rok ini saya tak pernah kalah sejak 2004. Kalau dulu saya boleh jaga, pilih saya lagi saya akan jaga lebih baik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat