Bung Sambut Baik Cadangan Hab Keselamatan Manifesto BN

- Advertisement -

KENINGAU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyambut baik cadangan Manifesto BN yang memberi fokus kepada hab keselamatan Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata cadangan tersebut dialu-alukan oleh rakyat Sabah yang sememangnya memerlukan jaminan dari segi keselamatan.

“Dengan keselamatan yang utuh, negeri Sabah dan Sarawak akan menarik lebih banyak pelabur seterusnya merancakkan lagi ekonomi negeri,” katanya di Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk di Mukim Transpegalan bertempat di Padang Awam Kampung Panagatan Ulu hari ini.

Pada majlis yang sama, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata sebagai calon BN Parlimen Pensiangan, manifesto yang telah beliau lancarkan tertumpu kepada antara lain termasuk pembangunan infrastruktur, bantuan kebajikan dan sosial.

“Pendidikan sebagai teras utama untuk memperkasakan peranan anak muda yang membolehkan mereka bergiat lebih proaktif memperkasakan ekonomi untuk membangunkan kawasan Parlimen Pensiangan yang terletak di luar bandar.

“Kerajaan menumpulan kepada projek bekalan air terawat yang telah disenaraikan di dalam ‘Rolling Plan Kedua’ Rancangan Malaysia Kedua Belas dan sekiranya tiada aral melintang projek bekalan air bersih akan dapat dimulakan pada tahun hadapan.

“Permasalahan bekalan air bersih di kawasan tersebut akan dapat diselesaikan di masa yang akan datang,” katanya.

Hadir sama di majlis tersebut Senator Datuk Bobbey Ah Fang Suan, Ahli Dewan Negara, Datuk Flovia Ng, ADUN N.44 Tulid merangkap Pembantu Menteri Pembangunan & Kesejahteraan Masyarakat Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat